Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam dihujung minggu... Semoga sahabat dan tetamu Relaks Minda dalam keadaan sihat dan bahagia disamping insan-insan tersayang. Maaf jika sekali lagi membicarakan mengenai isu copy & paste. Tapi kali ini ada yang sungguh menarik dan berbeza tentang isu copy & paste ini.

Copy & Paste Blog Relaks Minda

Mungkin anda pun sudah sedia maklum bahawa setiap bulan lebih daripada 4,500 entri URL, kandungan artikel dan gambar di blog ini telah disalin atau copy. Jika anda berminat untuk mendapat data ini, anda boleh mendaftar di tynt.com. Ianya percuma jer.

Copy & Paste Blog Relaks Minda
Jumlah copy di Blog Relaks Minda - 30 Mac hingga 28 April 2014

Data dari tynt.com dapat memberi maklumat apakah artikel dan gambar yang di copy. Mungkin ada diantaranya hanya disalin dan disimpan iaitu untuk kegunaan sendiri dan ada juga yang disalin dan diterbitkan semula atau copy & paste. Saya pun tidaklah ambil pusing sangat tentang perkara ini, kerana blog ini adalah perkongsian untuk semua. Malah bersyukur kerana ada yang mahu memanjangkan dan menggunakan apa yang saya kongsikan.

Copy & Paste Blog Relaks Minda
Top 20 Entri Blog yang di copy

Jujur Atau Terlanjur

Saya juga sudah biasa terjumpa blog yang copy & paste artikel blog ini 100% tanpa sebarang perubahan walau sepatah perkataan pun. Tapi biasanya hanya artikel-artikel tertentu yang berkait dengan kreativiti, informasi, kitar semula, teladan dan sebagainya yang mempunyai nilai dan mampu menarik pembaca dikalangan pencari maklumat melalui enjin carian yang akan di copy & paste.

Tapi ada sebuah blog ini macam kelakarlah pula. Tidak dinafikan memang banyak entri saya telah di copy & paste 100% oleh beliau tapi takkanlah entri berkaitan dengan segmen pencarian bloglist pun di copy & paste! Memang terkejut juga lah...

Bukan setakat entri tersebut, malah entri keputusan segmen itu pun di copy & paste! hahaha... Bertuahlah mereka yang tersenarai...dapat promosi percuma lagi! Selain itu entri untuk segmen komen entri juga di copy & paste dan yang menariknya, entri status blog Relaks Minda pun di copy!!! Jujur sungguh beliau melakukan copy & paste... sampai terlanjur...

Copy & Paste Yang Jujur Atau Terlanjur?Copy & Paste Yang Jujur Atau Terlanjur?
Macam pernah kulihat artikel ni...tapi nama blognya pertama kali kulihat...huhu

Nampak sangat blogger tersebut main salin jer tanpa mengambil kisah akan isi kandungan artikel atau blogger tersebut tak tahu membaca...hehe. Ya..memang jelas blog tersebut dari Indonesia tapi takkan tak faham bahasa melayu kot... Macam kelakarlah pula. Apa pun, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kerana mempromosi blog ini... Kalau blogger tersebut baca entri ini mesti terkejut atau... Mungkinkah entri ini juga akan di copy & paste??

Tak kesah lah...suka hatilah nak salin apa pun, begitu juga dengan sesiapa sahaja kerana yang penting saya tahu entri blog ini tidak berkait dengan sesuatu yang peribadi, mengaibkan dan perkara yang tidak baik. Semoga segala yang baik dijadikan pengajaran dan yang buruk jadikan sempadan. 

Copy Tak Salah Tapi Paste Perlu Hati-Hati

Kesimpulannya disini...kalau nak copy & paste...kenalah bijak bukan secara melulu. Copy & paste tanpa matlamat akan menonjolkan kebodohan diri. Apalah salahnya di letakkan backlink, lagi pun semua orang tahu yang artikel tersebut adalah copy & paste. Lagi satu, tengok-tengok jugalah apa isi kandungan artikel tersebut...jika tidak, inilah jadinya... Copy itu tidak salah tetapi sebelum anda paste... bacalah, lihatlah dan fikirkanlah dulu akan baik buruknya!

Salam Manis Dihujung Minggu dan Terima Kasih Bersama Relaks Minda


Author by Bin Muhammad

45 comments - "Copy & Paste Yang Jujur Atau Terlanjur?"

Tanpa Nama delete icon 10:52 PTG

wah..blog relakssminda ni memang hebat sampai ada yang copy paste macam tu sekali..peminat setia BM ni..nak try juga website ni nanti.btw,tq atas nasihat BM tu..memang jujur dan tulus.jadi panduan untuk diri kathy juga.

Nurulhidayah delete icon 11:24 PTG

Agaknye blogger tu peminat fanatik BM.. Untung larr.. Hihi.. Timekasi share tynt.com tu :-)

Bahrain delete icon 11:54 PTG

Dalam diam mereka copy paste bulat artikel tanpa bersalah. Dah kantoi baru mengaku kesilapan. Cuba olah artikel menjadi kreatif walaupun sama tujuan yang ingin disampaikan dalam suatu artikel.

Blogger ini mmg menjadikan blog BM sebagai rujukan dia..tu pasal semua entri di copy & paste..

Huhuhuhu sedihnyerr ..
Lya pon biasa jugak COPY PASTE maklumat yg Lya tak tahu tapi buat backlink la ke blog terbabit cuma kdg2 tak buat sbb lupa dan tak ingat dahh kat mana la Lya copy huhuhu.............Apapon takkan la semua artikelnak di copy paste huhuhu..

dia baru belajar berblog kut..tak tau nak edit2 lagi..:)

Wah.. hebat.. alhamdulillah.. sesuatu yg boleh dijadikan inspirasi yg baik tu BM.. tahniah.
Tp blog yg copy paste mcm tu rasa kelakar hehee.. nak marah pun boleh jadi terketawa pulak. Mcm2 perangai ada di alam maya ni ye... anggap jelah blogger tu sbg peminat BM juga.. peminat yg jujur...
Salam hujung minggu, salam ceria selalu.. :) :)

Unknown delete icon 9:26 PG

peminat setia tuuu..hampir kesemuanya di paste bulat2
mesej yg sgt berguna buat semua blogger..hati2 mengepaste

Tak ada jari diri atau niche bagi yang berbuat demikian.

Dunia Zumal delete icon 10:38 PG

Confirm dia tak tau baca. Hehe (gurau) :))

BinMuhammad delete icon 11:28 PG

Haha...nasib baik tak nama blog pun di copy paste, kalau tak...dah jadi klon le pulok...

BinMuhammad delete icon 11:29 PG

Tak tau edit tu biasa tetapi copy entri segmen tu...memang luar biasa! hehe

paridah delete icon 11:34 PG

kak suka juga copy paste artikel2 menarik utk memanjangkan kpd yg lain pula sbb bukan semua terbaca apa yg kita baca...kan. tapi blog yg artikelnya menarik minat ramai utk copy paste spt blog ni mmg mengagumkan...tahniah...

BinMuhammad delete icon 11:54 PG

Blog tidak akan dapat lari dari masalah copy & paste ini. Tiada yang dapat menghalang ianya dari berlaku...

BinMuhammad delete icon 11:56 PG

Haha!... Apa boleh buat, senyum dan ketawa sendiri ajer laaa... :))
Salam ceria dihujung minggu buat anda juga Khir...

BinMuhammad delete icon 12:00 PTG

Copy paste artikel tu memang sesuatu yang biasa sebab ianya mungkin berguna untuk orang lain... TAPI copy paste entri segmen tu teramat2lah LUAR BIASA.... hehe! Agak2nya untuk apa ye...

nurizan ahmad delete icon 12:27 PTG

copy & paste lagi..waduh waduh..

Blog Santai delete icon 1:10 PTG

Peminat Fanatik BM tu..bertuah ada peminat fanatik ya...he..he.

p/s: BM tolong kita dapatkan code iklan nuffnang statik macam kat kanan ni...kita tak nak yang biru bawah tu . tq in advance ya...

Sengal sangat kalau dah sampai copy paste macam tu. Pada saya, nak copy paste tak salah, cuma bagi lah kredit kembali kepada entri asal penulisnya tu. Kurang-kurang ada la jugak link exchange. Bukan semua penulis asal suka nak main saman-saman isu copyright ni. Ada je ramai je yang boleh bertolak ansur. Yer dak?

Wafa cw delete icon 1:45 PTG

hahahaha... macam-macam... :D

huhu, tak salah copy-paste, sebab dah tak leh nak dielakkan....sekurang-kurangnya, bagi la kredit pada penulis blog tersebut.
nak tanya, apps ni, tak dapat trace eh saper yang copy-paste tu???
atau mungkin ada apps lain..bolehla share kat sini.

Pha Is delete icon 2:38 PTG

saya pernah kena..!! hahaha.. mmg sebijik2 dia copy.. tapi rasanya dia x copy secara manual.. sbb ada 1 entry tu, saya dah letak fungsi tak boleh highlight (unutk mengelakkan copy) pun dia berjaya copy jugak. x sure macam mana cara dia ambik..

BinMuhammad delete icon 2:50 PTG

Ada jer cara nak copy walaupun xboleh highlight atau right click. Memang xboleh dihalang cuma boleh menyusahkan lah sikit.
Sebijik2 kena copy tu biasa kena Pha Is...tapi entri segmen di copy paste! untuk apa lah agaknye kan...hehe

BinMuhammad delete icon 2:53 PTG

Buat masa ini belum ada sebarang aplikasi percuma yg dapat trace ID atau IP dan sebagainya untuk menjejaki mereka yang melakukan copy ini. Kalau aplikasi berbayar...saya tak tau lah.

Semlm dah komen arini artikel ni muncul lg kat bloglist hahaha ..
Komen lg seklai la BM hehhee ..Jangan marah ..
Adat la tu mungkin dia suka kat penulisan BM la kot hehehe

Salam hujung minggu BM. Saya tidak tahu apakah tujuan dia berbuat demikian. Saya memandang berat soal copy paste ni. Jika dunia penulisan bercetak, hal ini tidak boleh dibiarkan. Jika dunia maya ni, masih boleh dimaafkan jika diberikan kredit kepada sumber asal blog tersebut. Masing-masing blogger ada pendirian dan prinsipnya. Selamat berblogging.

Unknown delete icon 3:58 PTG

baiknya cara dia copy...bro dapat back link balik tak??..hahah nk gelak pun ada..

sitirohaida delete icon 4:22 PTG

Sangat melampaulah bila semua nak dicopy paste..

BinMuhammad delete icon 5:53 PTG

Betul tu SY...ramai yang boleh bertolak ansur akan hal copy paste ini asalkan etika, prinsip dan maruah seorang blogger terjaga dan dihormati. Ianya amat penting kerana itulah yg menunjukkan keperibadian blogger tersebut.

Sis Vee delete icon 6:35 PTG

dah kantoi ni tapi klu masih selambe jer copy paste lagi , mmg dah hobi dia lah tu ... saya punya pun pernah kena copy n paste dgn follower saya . saya tgk jer . tak sampai hati lak nak hentam kat kotak komen ...

ewanthology delete icon 10:45 PTG

ish ish ish

mselim3 delete icon 11:48 PTG

Assalammualaikum...BM,

wahhh.. copy paste betul2 tu.. tp xper lah BM kan.. BM sentiasa membuat perkongsian yang berguna utk pengunjung blog... tahniah. Ini bermakna blog BM disukai ramai.. nice semoga blog BM sukses dan berjaya dalam segala lapangan..

mselim3

pls: aktiviti copy paste nie dah biasa kan...

Izham delete icon 12:24 PG

Ramai juga yang baru nak berjinak dengan dunia blog suka copy and paste. Kerana itu saya cuba mengetengahkan keunikan penulisan dan juga isi. Apabila dua diadun menjadi satu, pasti ada yang unik di dalam sesebuah tulisan itu.

Salam, BM. Blogger ini sebenarnya menggunakan AutoBlog. Mereka mengambil RSS Feed link kita. Jadi bila kita publish satu-satu entri, automatik akan publish juga di blog mereka. Dgn kata lain, mereka tak jenguk blog kita pun. Saya sedang terkena. Mujur ada option untuk ringkaskan RSS Feed, jadi hanya 30% artikel saya di copy dan auto publish. Dan nasib baik ada plugin yg boleh meletakkan auto backlink pada setiap entri ke blog saya semula.

Tak dinafikan, trafik kadang2 masuk dari blog sampah ini. Tapi sekurang-kurangnya, mintalah izin. Sakit hati kalau difikir. Tak mengapa. Saya tak halalkan income yg dia generate dari entri saya.

*maaf tuan, emosi pulak sikit..hee.

Saya cukup takut kalau ada yang copy n paste sebijik-sebijik. Bukan kedekut tapi takut google bertindak ganas menyenaraihitamkan blog kita. Google takde satu tools untuk kenalpasti mana satu artikel asal dan mana satu artikel tiru. Kesannya sangatlah parah. Saya dah kena beberapa kali. 3 entry dicopypaste, last2 artikel kita pulak yang google buang dari serp. Sebab tu la google sediakan borang aduan untuk kes-kes macam ni.

Unknown delete icon 10:20 PG

Terlebih minum kopi tu pasal pening memanjang hihi
Sampai tak sedar 100 copy kan uncle

ZaridaIshak delete icon 2:07 PTG

teganya 'dia' membuat salinan hasil karya orang lain. Sungguh benar idea dan ilham itu datang dari Allah.. tetapi tidak sewajarnya idea itu disalin sebulat-bulatnya tanpa sebarang rasa bersalah atas usaha orang lain...

Fiza Rahman delete icon 1:43 PTG

Tahniah BM, kerana menjadi blog pilihan untuk di copy & paste. Sebab blog BM banyak info² yang bagus dan menarik ☺

Tapi orang ni pon agak² lah nak C&P. Bagi lah backlink.

Tanpa Nama delete icon 4:41 PTG

hehehe copy paste benda biasa dlm berblog yg penting kena letakkan sumber dan hargai penulis asal, tpi kalau copy 100% & secara melulu tu sendiri kena pikirlah BM...

Yana Yani delete icon 5:45 PTG

sampai camtu sekali dia copy n paste
tak terkejut kalau entry ni pun dia akan copy n paste...hehe

Nurul delete icon 4:11 PTG

Minat sangat tu ngan blog relaks minda ni sampai 100% copy & paste... hehe

BinMuhammad delete icon 5:47 PTG

Terima kasih diatas pandangan anda. Sesuatu yang perlu difikirkan dan dipertimbangkan.

Bunda_nora delete icon 11:08 PTG

kalau nak copy n paste 100% pun agak2lah kan...ni kan dah kantoi...

ANIM delete icon 11:50 PTG

ehee..ada pulak cam tu kan. kak tak tahu pun boleh copy paste 100% cam tu sekali.

HAMIDIsP delete icon 8:49 PG

Tiada siapa mampu terlepas..sabar je la..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap