بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?
Malu-malu kucing
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Orang kata "kalau malu sesat jalan" tapi kalau tak malu pula "muka tembok!" Sifat malu itu ada positif dan negatifnya bergantung kepada sebab dan keadaan. Malu tanpa sebab pula hanya akan merugikan diri sendiri.

Malu atau 'haya' dalam bahasa arab berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah SWT.

Sebagai umat Islam kita memang dituntut perlu ada sifat malu tetapi kenapa perlu ada sifat malu dalam diri seseorang? Malu yang bagaimanakah yang dituntut? Kepada siapa kita mesti malu? Jawapannya ada dibawah ini :

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "Engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". HR Bukhari
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Artinya : “Hendaklah kalian malu kepada Allah Azza wa Jalla dengan sebenar-benar malu. Barang-siapa yang malu kepada Allah k dengan sebenar-benar malu, maka hendaklah ia menjaga kepala dan apa yang ada padanya, hendaklah ia menjaga perut dan apa yang dikandungnya, dan hendaklah ia selalu ingat kematian dan busuknya jasad. Barangsiapa yang menginginkan kehidupan akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. Dan barangsiapa yang mengerjakan yang demikian, maka sungguh ia telah malu kepada Allah Azza wa Jalla dengan sebenar-benar malu.”  HR. At-Tirmidzi (no. 2458), Ahmad (I/ 387)

Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?
Rasullullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Apabila seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya, ia akan menjadi keburukan, dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah." HR Tirmidhi
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Allah tidak akan menerima sebarang amalan atau ketaatan seseorang yang tiada sifat malu dan angkuh". Kami Bertanya: "Siapakah orangnya yang angkuh dan tidak mempunyai malu ini ya Rasulullah?" "Seorang lelaki yang membiarkan isterinya melayani lelaki bukan muhrimnya". HR Malik bin Uhamir

Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.” HR.Ibnu Mâjah (no. 4181)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang."  HR Baihaqi
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan.”  HR.al-Bukhâri (no. 6117) dan Muslim (no. 37)

Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Malu dan iman senantiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.”  HR.al-Hâkim (I/22), ath-Thabrâni dalam al-Mu’jâmush Shaghîr (I/223)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Malu itu datangnya daripada keimanan dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka".  HR Bukhari
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya".  HR Bukhari

Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Iman memiliki lebih dari tujuh puluh atau enam puluh cabang. Cabang yang paling tinggi adalah perkataan ‘Lâ ilâha illallâh,’ dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu adalah salah satu cabang Iman.”  HR.al-Bukhâri dalam al-Adâbul Mufrad (no. 598), Muslim (no. 35)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla Maha Pemalu, Maha Menutupi, Dia mencintai rasa malu dan ketertutupan. Apabila salah seorang dari kalian mandi, maka hendaklah dia menutup diri.” HR.Abû Dawud (no. 4012), an-Nasâ-i (I/200)

Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?

Oleh itu kita memang perlu ada sifat malu tetapi malu biarlah bertempat dan bersebab... 
Terima kasih bersama Relaks Minda.


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

27 comments - "Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?"

Unknown delete icon 12:18 PTG

koleksi hadis ttg malu yg terbaik.. terima kasih :)

ZaridaIshak delete icon 12:23 PTG

memang benarlah malu itu sebahagian daripada Iman. Sunguh mendalam maksud entri kali ini... terima kasih!!

Unknown delete icon 1:37 PTG

orang akan cakap ..malu biar bertempat..dan kalau malu x dapat..huhu apa pun perkongsian yang menarik bro..agak2 bro pemalu ka?

Unknown delete icon 1:44 PTG

Cik akak pemalu gak nie hihi.

BinMuhammad delete icon 1:48 PTG

Saya memang pemalu...tapi tidaklah sampai pakai topeng macam hang Fizi, hehe... :D

paridah delete icon 3:18 PTG

sifat malu wajar menjadi pendinding diri sbg tanda orang beriman.

Nurul delete icon 3:31 PTG

Perkongsian kali ni agak menarik.. :)
Sifat pemalu juga sebahagian dari iman...

Fiza Rahman delete icon 3:50 PTG

Mekasih atas perkongsian. Tapi iols memang jenis pemalu lagi penyegan. Tapi ada gak orang yg jenis tak tau malu kan.

Khir Khalid delete icon 4:25 PTG

Setuju.. malu biar bertempat kan.. Bagus sgt bab perkongsian hadis tu BM. Sesuatu yg boleh dijadikan rujukan & panduan setiap masa. T kasih.. :)

Unknown delete icon 4:27 PTG

Amboii BM mentang2 baru tunjukkan wajahh dia perli orang plak kan... :D

pssttt... Idah tag awak kat http://acikidah.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

jangan lah malu.. sila tunjukkan gambar penuh BM saya nak tengok.. hehe

BinMuhammad delete icon 5:02 PTG

Hadoii...terkena sejibik! hehe...

Pha Is delete icon 5:47 PTG

malu sifat yg baik dalam islam, tapi biarlah bersederhana... ada perkara perlu malu, ada perkara yg x boleh malu..
anyway, bukan pepatah melayu yg mula2 tu, "malu bertanya sesat jalan" kan? apa yg saya paham dari peribahasa tu, kena rajin bertanya supaya tak sesat, bukan supaya jadi tak malu agar x sesat.. :)

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda: Antara ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah: Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka . (Riwayat Bukhari)

Malu merupakan cabang kepada iman – akhlak para nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).Malu merupakan landasan akhlak mulia dan selalu bermuara kepada kebaikan. Siapa yang banyak malunya lebih banyak kebaikannya, dan siapa yang sedikit rasa malunya semakin sedikit kebaikannya, maka jangan harap lagi (kebaikan) darinya sedikitpun.

MALU ITU SEBAHAGIAN DRP IMAN ...
INGAT TU ...MALU PON KENA LA BERTEMPAT ..
BUKAN MALU TAK BERTEMPAT ...
Hehehe BM pemalu upernyerr ..
Takper jgn pakai topeng can ENCIK MIMPI sudah lerrr

Dunia Zumal delete icon 7:39 PTG

Nice sharing *BM*
Zumal agak *pemalu* tapi bila geram je terus *tak malu* Insha Allah zumal nak perbaiki diri kepada lebih baik...

sitirohaida delete icon 8:58 PTG

perkongsian yang baik BM...sifat malu tu sangat penting

fragmenbiru delete icon 10:56 PTG

Allahu Rabbi.. malula prisai darpda sgalanya.. tnpanya tiada tamadun

Azlia Bashir delete icon 11:32 PTG

Malu adalah sebahagian iman,bila malu hilang bermakna hilanglah sebahagian iman kita.

Yana Yani delete icon 12:00 PG

terima kasih untuk perkongsian ni BM
banyak saya belajar hari ni

Tanpa Nama delete icon 1:34 PTG

kathy pun pemalu jugak ni..hehehehehe...

ANIM delete icon 4:57 PTG

Rasa malu itu akan menghalang kita dari berbuat kemungkaran..

Tanpa Nama delete icon 5:01 PTG

very gd sharing lah !

Ramai juga blogger yang pemalu ya, termasuklah saya.

Blog Santai delete icon 11:07 PTG

Pemalu biar bertempatkan...kalau tak sesat jalankan..

Bunda_nora delete icon 7:38 PG

Biar jadi orang pemalu jangan jadi orang yang tak tahu malu...

Sekarang pose dlm bilik tido..atas katil pun dikongsi...manusia dh takde sifat malu dh..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap