بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Cara Mudah Memahami Konsep SEO: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Banyak cara dan perkara yang perlu anda lakukan bagi membuatkan blog dan entri anda menjadi mesra SEO dan mudah untuk berada dimuka hadapan enjin carian. Menyebut SEO itu amat mudah tetapi untuk memahami konsep SEO, ianya memerlukan banyak ilmu dan pemahaman yang jelas. Itu belum lagi dengan pelbagai cara dan teknik yang perlu diaplikasikan.
Apa sebenarnya SEO? SEO - Search Engine Optimization. Ianya secara mudahnya bermaksud : "Mengoptimakan entri-entri anda untuk berada dimuka hadapan dan dikedudukan terbaik enjin carian seperti Google dan Yahoo."
Sebelum anda mendalami ilmu SEO anda perlu memahami konsep SEO itu sendiri. Apakah yang dinamakan SEO dan cara yang betul untuk mengaplikasikannya. Saya akan cuba memberikan pemahaman dengan penjelasan mudah untuk anda memahami konsep SEO iaitu bagaimana peranan dan cara mempelajarinya.
Paling mudah adalah dengan mengandaikan blog umpama sebuah hotel manakala tetamu hotel adalah robot enjin carian. Jika anda ingin mendiami sesebuah hotel, hotel yang bagaimanakah yang menjadi pilihan anda?
Pastinya pelbagai kriteria diperhatikan dalam membuat penilaian dan sudah tentu hotel-hotel yang terbaik, menarik dan paling selesa yang menjadi pilihan.
Begitulah juga robot enjin carian ini berfungsi, seumpama pengunjung hotel yang memilih hotel yang terbaik untuk dikunjungi lalu memberi penilaian untuk diletakkan dikedudukan terbaik didalam enjin carian.
Ibaratkan bangunan hotel adalah sebuah blog dan sudah pasti ianya adalah umpama template blog anda. Template yang anda gunakan mestilah mesra pengguna serta enjin carian dan mudah diakses. Bagi blog blogspot, CSS, HTML5 dan javascript adalah asas kerangka sebuah template yang mesra SEO. Sukar memahami semua coding ini? maka cara mudah, gunakan template yang mesra SEO yang banyak ditawarkan di laman-laman web sama ada percuma atau berbayar. Dapatkannya percuma di SINI
Apabila pemilihan template telah dilakukan maka kini adalah bagaimana cara anda menambah nilai dan kualiti blog anda. Seperti sebuah hotel; nama, kemudahan yang lengkap, layanan serta perkhidmatan yang cekap serta mesra pasti memikat pengunjung. Ditambah pula dengan pelbagai daya tarikan tambahan seperti kolam renang, gimnasium, spa, taman tema dan sebagainya semestinya dapat menambah keterujaan pengunjung untuk menginap di hotel anda.
Umpama sebuah hotel... kalau sekadar rupabentuk bangunan dan lokasi yang menarik tetapi kemudahan, perkhidmatan serta layanan yang teruk dan kurang mesra, sudah pasti tidak dikunjungi pengunjung.
Lengkapkan template anda dengan kemudahan yang mesra SEO seperti coding yang mampu memperkenalkan blog anda kepada enjin carian seperti description (informasi ringkas tentang blog), keyword (kata kunci yang sering digunakan) dan ubah meta head HTML & Meta Tag code (dapatnya di SINI).
Kemudian cantikkan blog anda dengan widget-widget yang menarik yang memberi kemudahan kepada pembaca. Hiasi dan dekorasi blog anda agar tidak membosankan serta mesra pengguna. Pertingkatkan teknik dan gaya penulisan agar dapat menarik minat serta disukai ramai. Pastikan kandungan artikel tepat, bermanfaat dan menghiburkan.
Bagi blog, ini dilakukan dengan mendaftar di Google dan Bing Webmaster untuk anda menghantar entri-entri untuk di indeks. Selain itu lakukan promosi dengan ping entri di Google Plus, FB, Twitter dan sebagainya. Lakukan juga blogwalking dengan meninggalkan backlink blog atau entri anda. Apabila blog dan entri anda semakin menyerlah maka ianya menarik minat serta meningkatkan populariti di mata robot enjin carian untuk mengindeks lalu meletakkannya dikedudukan terbaik di enjin carian.
Blog Umpama Sebuah Hotel
Hotel terbaik pasti mendapat perhatian |
Pastinya pelbagai kriteria diperhatikan dalam membuat penilaian dan sudah tentu hotel-hotel yang terbaik, menarik dan paling selesa yang menjadi pilihan.
Begitulah juga robot enjin carian ini berfungsi, seumpama pengunjung hotel yang memilih hotel yang terbaik untuk dikunjungi lalu memberi penilaian untuk diletakkan dikedudukan terbaik didalam enjin carian.
Ibaratkan bangunan hotel adalah sebuah blog dan sudah pasti ianya adalah umpama template blog anda. Template yang anda gunakan mestilah mesra pengguna serta enjin carian dan mudah diakses. Bagi blog blogspot, CSS, HTML5 dan javascript adalah asas kerangka sebuah template yang mesra SEO. Sukar memahami semua coding ini? maka cara mudah, gunakan template yang mesra SEO yang banyak ditawarkan di laman-laman web sama ada percuma atau berbayar. Dapatkannya percuma di SINI
Apabila pemilihan template telah dilakukan maka kini adalah bagaimana cara anda menambah nilai dan kualiti blog anda. Seperti sebuah hotel; nama, kemudahan yang lengkap, layanan serta perkhidmatan yang cekap serta mesra pasti memikat pengunjung. Ditambah pula dengan pelbagai daya tarikan tambahan seperti kolam renang, gimnasium, spa, taman tema dan sebagainya semestinya dapat menambah keterujaan pengunjung untuk menginap di hotel anda.
Kemudahan, Layanan Dan Perkhidmatan Terbaik
Oleh itu blog anda mestilah mengaplikasikan On Page SEO dan Off Page SEO. Inilah kemudahan, tarikan, perkhidmatan serta layanan utama yang diperlukan dalam menarik minat enjin carian berkunjung untuk mengindek blog dan entri anda. Inilah juga keperluan yang paling penting dalam membezakan penilaian tahap SEO sesebuah blog dan entri oleh robot enjin carian.Umpama sebuah hotel... kalau sekadar rupabentuk bangunan dan lokasi yang menarik tetapi kemudahan, perkhidmatan serta layanan yang teruk dan kurang mesra, sudah pasti tidak dikunjungi pengunjung.
Lengkapkan template anda dengan kemudahan yang mesra SEO seperti coding yang mampu memperkenalkan blog anda kepada enjin carian seperti description (informasi ringkas tentang blog), keyword (kata kunci yang sering digunakan) dan ubah meta head HTML & Meta Tag code (dapatnya di SINI).
Kemudian cantikkan blog anda dengan widget-widget yang menarik yang memberi kemudahan kepada pembaca. Hiasi dan dekorasi blog anda agar tidak membosankan serta mesra pengguna. Pertingkatkan teknik dan gaya penulisan agar dapat menarik minat serta disukai ramai. Pastikan kandungan artikel tepat, bermanfaat dan menghiburkan.
Promosi Dan Meningkat Populariti
Bila anda sudah memiliki sebuah hotel yang lengkap dan terbaik, sudah pastinya anda memerlukan promosi untuk meningkatkan penjenamaan, populariti dan memperkenalkannya dengan lebih meluas agar lebih dikenali serta dikunjungi ramai pengunjung.Bagi blog, ini dilakukan dengan mendaftar di Google dan Bing Webmaster untuk anda menghantar entri-entri untuk di indeks. Selain itu lakukan promosi dengan ping entri di Google Plus, FB, Twitter dan sebagainya. Lakukan juga blogwalking dengan meninggalkan backlink blog atau entri anda. Apabila blog dan entri anda semakin menyerlah maka ianya menarik minat serta meningkatkan populariti di mata robot enjin carian untuk mengindeks lalu meletakkannya dikedudukan terbaik di enjin carian.
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Mudah sahaja kan untuk memahami konsep SEO. Jadikan diri anda sebagai tuan punya sesebuah hotel,,, Hotel yang bagaimana yang menjadi pilihan pengunjung? Itulah perkara asas yang perlu anda fahami untuk mempelajari dan mendalami ilmu SEO.
Tak kenal maka tak cinta, Oleh itu kenali dahulu kemudian mulakan dari asasnya dan seterusnya sedikit demi sedikit penuhi segala kriteria lain agar menjadi sebuah blog dan entri yang lengkap serta mesra SEO... InsyaAllah, anda akan berjaya menjadi sebuah blog dan entri yang mesra SEO lalu dapat meletakkan entri-entri anda dimuka hadapan enjin carian.

Belajar dan mengaplikasikan SEO ini bukan semestinya akan mendapat keputusan yang anda inginkan sekelip mata. Ianya perlukan kesabaran dan terus mencuba dan berusaha. Penilaian SERP enjin carian juga sentiasa berkembang, dipertingkatkan dan berubah setiap masa maka perlu peka dengan perubahan ini. InsyaAllah... Jika ada keinginan pasti ada jalan dan jika terus berusaha pastikan berjaya!
22 comments - "Belajar Cara Mudah Memahami Konsep SEO Blogger"
dah banyak kali juga keluar cerita mengenai SEO
tetapi masih jugak tak khatam lagi... hehehe
Terima kasih diatas perkongsian RM. Perkara asas yang sepatutnya difahami kan..
Belum ada blogger yang khatam tentang ilmu SEO kerana ianya sentiasa berubah mengikut perkembangan dan keperluan semasa oleh pengendali enjin carian...
Assalammualaikum... BM,
perkongsian yang menarik dan ilmu seo nie memang sentiasa berubah2 ikut kesesuaian google. Ilmu seo nie sentiasa berubah2 kan. Apa yang penting cepat belajar dan belajar kan...
mselim3
Menarik sungguh pencerahan artikel ini. Mmg betul apa yg diperkatakan tu.. mmg itu yg saya faham. Cuma nak memastikan perkhidmatan hotel tu sentiasa menepati kehendak pelanggan yg menjadikan ia satu cabaran... menjadikan pembelajaran & pengkajian tak akan pernah habis.
Apa pun, cabaran sebagai seorang pemilik hotel mmg besar kan.. T kasih atas perkongsian yg sgt menarik & bermanfaat ini BM.. :)
cara menerangkan SEO guna hotel memang menarik..ini membuktikan bro BM semakin matang dalam ilmu SEO..tahniah saya ucapkan
apa kabar tuan rumah...lama tak berkunjung kesini...internet bermasalah sikit...
selalu search info di enjin carian terkeluar url blog BM
teknik seo yg hebat..tahniah (h)
betul kata yg baik ishak atas tu..kami belum khatam2 lagi..hikhik
apa pun mencuba n terus mencuba
laaa...x keluar emoticon
nak tanye BM..bm dah pasang iklan geniee tu dah berapa lama?
so far mcm mana dgn earning dia? ada peningkatan x?
selalu dpt email tu..geram gak nak pasang..since cpuv jarang menyinggah
tp kurang arif cara pergerakan iklan geniee tu
eh emoticon dah keluar
td x keluar..hikhik..sorry td testing emoticon..cam comel je nak diklik
saya faham juga SEO ni sikit2, tapi terpulang pada individu nak apply ke tak, kadang-kadang susah juga nak cari tajuk dan nak buat isi supaya ia sesuai dan masuk dalam SEO itu
Salam Jumaat...
Betul tu untuk mempelajari dan mendalami ilmu SEO ni memang tak pernah berakhir/khatam....makin di gali makin banyak kita perlu ketahui...apa lagi bagi mereka yang zero tentang ilmu ini..
SALAM JUMAAT SEO NI FAHAM MUDAHNYA MCM KITA GOOGLE CARI SESUATU TAJUK N KITA BOLEH CUBA TAJUK ENTRY YG MUNGKIN DI SEO...ITU YG KAK FAHAM..
saya baca banyak benda pasal SEO ni
jelas ianya bukan makanan saya, susah nak di digest
Analogi yang membantu proses pemahaman. Terima kasih BM. Moga ada lagi tips dan ilmu yang dapat dikongsikan.
Benar dan setuju! Belajar dan mempraktikkan SEO ini terpulang kepada individu bergantung kepada matlamat seseorang itu berblogging...
Itu adalah salah satu cara mendapatkan keyword (kata kunci) bagi tajuk dan ianya juga adalah teknik SEO namun ianya tidak akan berkesan sepenuhnya kerana masih ada beberapa perkara lain lagi yg perlu dilakukan untuk menguatkan tajuk tadi menjadi benar2 berjaya dan berkesan SEO!
Benar!... Ianya sama spt, "Kita tidak boleh mengaji Al-Quran sebelum kita belajar Muqaddam dulu!"
Khabar baik Kak Kamsiah... Rindu dengan coretan akak! :)
konsepnya mudah.
cuma ramai orang ragu-ragu aje nak bertindak.
wah..menarik perbandingan antara SEO dan hotel...
terima kasih ata perkongsian yang amat berguna
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”