بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Cara Mudah Memahami Konsep SEO: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Banyak cara dan perkara yang perlu anda lakukan bagi membuatkan blog dan entri anda menjadi mesra SEO dan mudah untuk berada dimuka hadapan enjin carian. Menyebut SEO itu amat mudah tetapi untuk memahami konsep SEO, ianya memerlukan banyak ilmu dan pemahaman yang jelas. Itu belum lagi dengan pelbagai cara dan teknik yang perlu diaplikasikan.

Cara Mudah Memahami Konsep SEO

Apa sebenarnya SEO? SEO - Search Engine Optimization. Ianya secara mudahnya bermaksud : "Mengoptimakan entri-entri anda untuk berada dimuka hadapan dan dikedudukan terbaik enjin carian seperti Google dan Yahoo."

Sebelum anda mendalami ilmu SEO anda perlu memahami konsep SEO itu sendiri. Apakah yang dinamakan SEO dan cara yang betul untuk mengaplikasikannya. Saya akan cuba memberikan pemahaman dengan penjelasan mudah untuk anda memahami konsep SEO iaitu bagaimana peranan dan cara mempelajarinya.

Blog Umpama Sebuah Hotel

Cara Mudah Memahami Konsep SEO
Hotel terbaik pasti mendapat perhatian
Paling mudah adalah dengan mengandaikan blog umpama sebuah hotel manakala tetamu hotel adalah robot enjin carian. Jika anda ingin mendiami sesebuah hotel, hotel yang bagaimanakah yang menjadi pilihan anda?

Pastinya pelbagai kriteria diperhatikan dalam membuat penilaian dan sudah tentu hotel-hotel yang terbaik, menarik dan paling selesa yang menjadi pilihan.

Begitulah juga robot enjin carian ini berfungsi, seumpama pengunjung hotel yang memilih hotel yang terbaik untuk dikunjungi lalu memberi penilaian untuk diletakkan dikedudukan terbaik didalam enjin carian.

Ibaratkan bangunan hotel adalah sebuah blog dan sudah pasti ianya adalah umpama template blog anda. Template yang anda gunakan mestilah mesra pengguna serta enjin carian dan mudah diakses. Bagi blog blogspot, CSS, HTML5 dan javascript adalah asas kerangka sebuah template yang mesra SEO. Sukar memahami semua coding ini? maka cara mudah, gunakan template yang mesra SEO yang banyak ditawarkan di laman-laman web sama ada percuma atau berbayar. Dapatkannya percuma di SINI

Apabila pemilihan template telah dilakukan maka kini adalah bagaimana cara anda menambah nilai dan kualiti blog anda. Seperti sebuah hotel; nama, kemudahan yang lengkap, layanan serta perkhidmatan yang cekap serta mesra pasti memikat pengunjung. Ditambah pula dengan pelbagai daya tarikan tambahan seperti kolam renang, gimnasium, spa, taman tema dan sebagainya semestinya dapat menambah keterujaan pengunjung untuk menginap di hotel anda.

Cara Mudah Memahami Konsep SEO

Kemudahan, Layanan Dan Perkhidmatan Terbaik

Oleh itu blog anda mestilah mengaplikasikan On Page SEO dan Off Page SEO. Inilah kemudahan, tarikan, perkhidmatan serta layanan utama yang diperlukan dalam menarik minat enjin carian berkunjung untuk mengindek blog dan entri anda. Inilah juga keperluan yang paling penting dalam membezakan penilaian tahap SEO sesebuah blog dan entri oleh robot enjin carian.

Umpama sebuah hotel... kalau sekadar rupabentuk bangunan dan lokasi yang menarik tetapi kemudahan, perkhidmatan serta layanan yang teruk dan kurang mesra, sudah pasti tidak dikunjungi pengunjung.

Cara Mudah Memahami Konsep SEO

Cara Mudah Memahami Konsep SEO

Belajar On Page SEO di SINI dan Off Page SEO di SINI

Lengkapkan template anda dengan kemudahan yang mesra SEO seperti coding yang mampu memperkenalkan blog anda kepada enjin carian seperti description (informasi ringkas tentang blog), keyword (kata kunci yang sering digunakan) dan ubah meta head HTML & Meta Tag code (dapatnya di SINI).

Kemudian cantikkan blog anda dengan widget-widget yang menarik yang memberi kemudahan kepada pembaca. Hiasi dan dekorasi blog anda agar tidak membosankan serta mesra pengguna. Pertingkatkan teknik dan gaya penulisan agar dapat menarik minat serta disukai ramai. Pastikan kandungan artikel tepat, bermanfaat dan menghiburkan.

Promosi Dan Meningkat Populariti

Bila anda sudah memiliki sebuah hotel yang lengkap dan terbaik, sudah pastinya anda memerlukan promosi untuk meningkatkan penjenamaan, populariti dan memperkenalkannya dengan lebih meluas agar lebih dikenali serta dikunjungi ramai pengunjung.

Bagi blog, ini dilakukan dengan mendaftar di Google dan Bing Webmaster untuk anda menghantar entri-entri untuk di indeks. Selain itu lakukan promosi dengan ping entri di Google Plus, FB, Twitter dan sebagainya. Lakukan juga blogwalking dengan meninggalkan backlink blog atau entri anda. Apabila blog dan entri anda semakin menyerlah maka ianya menarik minat serta meningkatkan populariti di mata robot enjin carian untuk mengindeks lalu meletakkannya dikedudukan terbaik di enjin carian.

Cara Mudah Memahami Konsep SEO

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Mudah sahaja kan untuk memahami konsep SEO. Jadikan diri anda sebagai tuan punya sesebuah hotel,,, Hotel yang bagaimana yang menjadi pilihan pengunjung? Itulah perkara asas yang perlu anda fahami untuk mempelajari dan mendalami ilmu SEO.


Tak kenal maka tak cinta, Oleh itu kenali dahulu kemudian mulakan dari asasnya dan seterusnya sedikit demi sedikit penuhi segala kriteria lain agar menjadi sebuah blog dan entri yang lengkap serta mesra SEO... InsyaAllah, anda akan berjaya menjadi sebuah blog dan entri yang mesra SEO lalu dapat meletakkan entri-entri anda dimuka hadapan enjin carian.

Belajar dan mengaplikasikan SEO ini bukan semestinya akan mendapat keputusan yang anda inginkan sekelip mata. Ianya perlukan kesabaran dan terus mencuba dan berusaha. Penilaian SERP enjin carian juga sentiasa berkembang, dipertingkatkan dan berubah setiap masa maka perlu peka dengan perubahan ini. InsyaAllah... Jika ada keinginan pasti ada jalan dan jika terus berusaha pastikan berjaya!


Ditulis oleh :

22 comments - "Belajar Cara Mudah Memahami Konsep SEO Blogger"

ZaridaIshak delete icon 4:28 PTG

dah banyak kali juga keluar cerita mengenai SEO
tetapi masih jugak tak khatam lagi... hehehe

HAMIDIsP delete icon 4:33 PTG

Terima kasih diatas perkongsian RM. Perkara asas yang sepatutnya difahami kan..

BinMuhammad delete icon 7:19 PTG

Belum ada blogger yang khatam tentang ilmu SEO kerana ianya sentiasa berubah mengikut perkembangan dan keperluan semasa oleh pengendali enjin carian...

mselim3 delete icon 10:05 PTG

Assalammualaikum... BM,

perkongsian yang menarik dan ilmu seo nie memang sentiasa berubah2 ikut kesesuaian google. Ilmu seo nie sentiasa berubah2 kan. Apa yang penting cepat belajar dan belajar kan...

mselim3

Khir Khalid delete icon 11:07 PTG

Menarik sungguh pencerahan artikel ini. Mmg betul apa yg diperkatakan tu.. mmg itu yg saya faham. Cuma nak memastikan perkhidmatan hotel tu sentiasa menepati kehendak pelanggan yg menjadikan ia satu cabaran... menjadikan pembelajaran & pengkajian tak akan pernah habis.
Apa pun, cabaran sebagai seorang pemilik hotel mmg besar kan.. T kasih atas perkongsian yg sgt menarik & bermanfaat ini BM.. :)

Hero Borneo delete icon 11:37 PTG

cara menerangkan SEO guna hotel memang menarik..ini membuktikan bro BM semakin matang dalam ilmu SEO..tahniah saya ucapkan

apa kabar tuan rumah...lama tak berkunjung kesini...internet bermasalah sikit...

Unknown delete icon 8:18 PG

selalu search info di enjin carian terkeluar url blog BM
teknik seo yg hebat..tahniah (h)
betul kata yg baik ishak atas tu..kami belum khatam2 lagi..hikhik
apa pun mencuba n terus mencuba

Unknown delete icon 8:20 PG

laaa...x keluar emoticon
nak tanye BM..bm dah pasang iklan geniee tu dah berapa lama?
so far mcm mana dgn earning dia? ada peningkatan x?
selalu dpt email tu..geram gak nak pasang..since cpuv jarang menyinggah
tp kurang arif cara pergerakan iklan geniee tu

Unknown delete icon 8:21 PG

eh emoticon dah keluar
td x keluar..hikhik..sorry td testing emoticon..cam comel je nak diklik

saya faham juga SEO ni sikit2, tapi terpulang pada individu nak apply ke tak, kadang-kadang susah juga nak cari tajuk dan nak buat isi supaya ia sesuai dan masuk dalam SEO itu

Bunda_nora delete icon 9:23 PG

Salam Jumaat...
Betul tu untuk mempelajari dan mendalami ilmu SEO ni memang tak pernah berakhir/khatam....makin di gali makin banyak kita perlu ketahui...apa lagi bagi mereka yang zero tentang ilmu ini..

paridah delete icon 12:06 PTG

SALAM JUMAAT SEO NI FAHAM MUDAHNYA MCM KITA GOOGLE CARI SESUATU TAJUK N KITA BOLEH CUBA TAJUK ENTRY YG MUNGKIN DI SEO...ITU YG KAK FAHAM..

Yana Yani delete icon 12:31 PTG

saya baca banyak benda pasal SEO ni
jelas ianya bukan makanan saya, susah nak di digest

Analogi yang membantu proses pemahaman. Terima kasih BM. Moga ada lagi tips dan ilmu yang dapat dikongsikan.

BinMuhammad delete icon 12:19 PG

Benar dan setuju! Belajar dan mempraktikkan SEO ini terpulang kepada individu bergantung kepada matlamat seseorang itu berblogging...

BinMuhammad delete icon 12:23 PG

Itu adalah salah satu cara mendapatkan keyword (kata kunci) bagi tajuk dan ianya juga adalah teknik SEO namun ianya tidak akan berkesan sepenuhnya kerana masih ada beberapa perkara lain lagi yg perlu dilakukan untuk menguatkan tajuk tadi menjadi benar2 berjaya dan berkesan SEO!

BinMuhammad delete icon 12:26 PG

Benar!... Ianya sama spt, "Kita tidak boleh mengaji Al-Quran sebelum kita belajar Muqaddam dulu!"

BinMuhammad delete icon 12:27 PG

Khabar baik Kak Kamsiah... Rindu dengan coretan akak! :)

titan delete icon 6:50 PG

konsepnya mudah.

cuma ramai orang ragu-ragu aje nak bertindak.

Tanpa Nama delete icon 9:27 PTG

wah..menarik perbandingan antara SEO dan hotel...

azam delete icon 4:39 PTG

terima kasih ata perkongsian yang amat berguna

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap