بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila di renung kembali pada tahun 80an dan 90an... Kenderaan penumpang dinegara ini didominasi oleh kereta jenis sedan. Antara kereta yang popular masa itu adalah Saga, Wira, Corolla, Civic dan Sentra. Apabila menjengah ke zaman milenium, kereta kompak dan MPV pula menguasai pasaran terutama apabila Perodua mengeluarkan model Myvi dan Toyota dengan model Avanza.

Kereta Perodua Myvi
Myvi - Kereta paling laris dipasaran

Namun begitu, kereta sedan masih menjadi pilihan ramai diatas beberapa faktor kelebihan yang ada padanya. Sepanjang tahun ini pula, tidak banyak pilihan kereta sedan terbaru pada harga mampu milik yang dilancarkan. Paling menonjol hanyalah dua model iaitu Toyota Vios dan Honda City... selebihnya adalah kereta sedan dalam kategori pertengahan dan mewah.

Kereta Toyota Vios
Toyota Vios - Kereta bukan jenama tempatan paling popular

Kini persaingan kenderaan pada harga mampu milik ini lebih terarah kepada model kereta kompak. Masih hangat dipasaran adalah Honda Jazz manakala Perodua sudah mempuat Pra-pelancaran Axia. Proton pula dalam proses terakhir untuk melancarkan Proton PCC (mungkin namanya Iriz) dijangkakan penghujung bulan September ini atau awal Oktober depan.

Kereta Honda Jazz
Honda Jazz - Semakin ranggi dan mengancam!

Kereta Proton PCC - Iriz
Proton PCC (Iriz) - Menawan... Mampukah ianya bersaing? 

Kereta-kereta pada harga mampu milik oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana ini paling mendapat perhatian kerana ianya mengusai lebih dari separuh jualan kenderaan di Malaysia.

Melihat kepada pilihan kereta baru terkini, orang-orang bujang pasti gembira kerana punya pilihan yang banyak untuk mereka memilih, hanya bergantung kepada kemampuan tetapi bagi mereka yang berkeluarga dan kurang berkemampuan... pilihan kereta sedan dan MPV terbaru tiada yang berharga dibawah RM55K. Maka yang ada hanyalah model-model lama seperti Saga, Persona dan Alza. Oleh itu tidak hairanlah kenderaan ini masih lagi kukuh penjualannya.

Kereta Proton Saga
Proton Saga - Kereta sedan paling murah dipasaran 

Pilihan yang paling banyak adalah kenderaan terpakai yang pastinya menjadi pilihan terakhir. Satu pilihan berisiko tetapi jika bijak memilih dan bertuah, ianya adalah pilihan terbaik dan berbaloi!



Apa sebenarnya motif entri ni pun aku tak pasti... Sebenarnya terkenangkan masa dulu (penghujung 90an). Kereta pertama ku adalah Honda Accord (second hand le...masa tu murah jer) tapi sampai sekarang tak merasa nak pakai Honda Accord baru... 

Kereta Honda Accord
Honda Accord - Kereta yang hanya mampu ku pandang

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


Ditulis oleh :
_______________________________________________________________________________

20 comments - "Borak2 Tentang Kereta Dulu Dan Kini"

Kete2 kecik ni...jimat mnyk skit BM...senang nk paking pun iya...hehe..

kereta proton kompak macam savvy..

Vee Sandi delete icon 12:48 PTG

tergelak saya bila baca psl motif ... saya dah buka blog baru dan aktif disitu -> http://cetusanmind.blogspot.com/ ...

paridah delete icon 6:50 PTG

anak2 yg dh mula berkerja...yg difikirkan hari2 cuma nk beli sebuah kereta....

Saya masih pakai Proton BM..Teringat sangat nasihat Saiful Nang dulu, pakailah yang termampu, jangan pakai ikut nafsu..Janji ada dua keta, memudahkan kehidupan, itu aje...

Tanpa Nama delete icon 10:38 PTG

heehehehehe.. tak tau sangat pasal kereta ni..tau naik jer..aduh,teruknya kathy ni kan?tak alert langsung..

siti hazreen delete icon 10:54 PTG

kereta yang ada pun masih belum habis hutangnya, jadi, tak boleh fikir nak tukar kereta hurmmm

Khir Khalid delete icon 11:36 PTG

Dulu pernah gila kereta skjp.. ada kawan kebanyakkannya wira pun tukar enjin dan mcm2 jadi lain. Jepun dtg pun pasti geleng kepala. Tp skrng lagi dah lagi mcm2.. Bagi saya kereta ni boleh jadi sbg sentimental value jika ada yg lama & juga sekadar kemudahan utk bergerak dgn selesa skrng. Paling penting jimat minyak & alat ganti yg mudah serta murah tp berkualiti.. :)

mselim3 delete icon 11:56 PTG

Assalammualaikum.. BM,

mselim3 geram gak tgk kereta honda jazz tu minat.. sesangat tapi kena sabar dulu... bila tiba masa nyer barulah... beli. Byk perancangan lain.. insaallah kalau ada rezeki honda jazz insaallah dalam gengaman....

mselim3

Bunda_nora delete icon 6:26 PG

Bunda tumpang keta anak2 jer....jadinya...yang cuci bunda...tak kisahlah...tak sape pakse pun... selamat rm ...dari cuci kat luar... boleh beli lauk.... lari tajuk..hehe..

Aimacomel delete icon 11:01 PG

Sy baru berada dlm bidang automotif ni dlm 9tahun. Byk benda yg berubah, dulu dan sekarang. Tapi, dr segi pasaran memang masing2 bersaing hebat. Dan setiap kereta ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

HAMIDIsP delete icon 11:14 PG

Kereta 2nd hand pun sbnrnya ok juga..:)

BinMuhammad delete icon 3:40 PTG

Haha! Betul sangatlah tu...

BinMuhammad delete icon 3:42 PTG

Mungkin kerana sekarang ni kereta dah jadi satu barang keperluan...

BinMuhammad delete icon 3:42 PTG

Setuju.... kalau ikut nafsu segalanya akan musnah!

BinMuhammad delete icon 3:44 PTG

Tu dia! dah buka kisah lama! Nasib baik gile kejap..hehe

BinMuhammad delete icon 3:45 PTG

Waalaikumsalam...
InsyaAllah...tak lama lagi dapatlah tu... Memang menarik Jazz baru ni!

BinMuhammad delete icon 3:46 PTG

Ya! 2nd hand pun boleh jadi satu pilihan yg bijak dan berbaloi sebenarnya!

Fiza Rahman delete icon 12:08 PTG

Pakai jer lah keta yang ada ni ☺☺

Yana Yani delete icon 12:13 PG

saya tahu naik aje BM, dia sedan ke apa ke
tak pernah ambik tahu..hehe
kira okaylah tu walau pakai second aje BM
saya ni tak pernah beli pun
melaram keta en suami aje...okay jugalah kan =)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap