بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Program Sepetang Di Taman Rasa Indah |
Syukur kerana tiada masalah besar yang memberi rintangan dan ianya berakhir mengikut seperti apa yang telah dirancang.
Hujung minggu yang kembali menceriakan suasana yang bagaikan telah menjadi agenda rasmi ku setiap tahun di bulan September. Menggalas tugas yang telah diamanahkan untuk melaksanakan program dengan sebaik mungkin.
Tahun ini agak kurang sedikit kemeriahan kerana aktiviti program agak ringkas. Namun ianya tidak sedikit pun mencacatkan matlamat utama program tersebut. Tahun ketiga, program sambutan Bulan Kemerdekaan bersama Menyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah menjadi bukti keteguhan muhibbah penduduk taman ini.
Kelainan yang nyata adalah keistimewaan sempena bulan kemerdekaan kami ingin membawa penduduk taman mengimbau kembali kenangan di zaman sebelum kemerdekaan menjadi tema majlis kali ini.
Pendaftaran kedatangan dan mengambil nombor untuk cabutan bertuah. Sempoilah...Abang Adnan (kemeja biru) kita ni. Gaya bakal peneraju Taman! |
Santai seketika ditepi padang sebelum majlis bermula |
Program dirancang agak lewat kerana kesibukan tugas serta batasan waktu kebanyakan AJK. Bagi mengambil langkah agar ianya tidak membebankan, acara bergotong-royong membuat dan membakar lemang terpaksa dimansuhkan. Begitu juga dengan acara sukaneka yang terpaksa dibatalkan. (Lihat kemeriahan acara-acara ini dalam entri INI dan INI)
Ini bermakna, program akan berjalan dengan ringkas iaitu hanya acara Mensyuarat Agung dan Jamuan Makan yang diadakan. Malah lokasi program yang sepatutnya diadakan ditengah-tengah padang juga berubah disaat-saat akhir apabila berpindah dihadapan rumah Pengerusi Persatuan. Ini berikutan sebagai langkah kecemasan kerana keadaan cuaca beberapa hari sebelum ini yang sentiasa hujan disebelah petang.
Tepat jam 2.30 petang, 7 September 2014... Program pun bermula. Agenda berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Kehadiran yang berhormat, YB Lee Kee Hiong (ADUN Kuala Kubu Bharu) menjadi tetamu terhormat program bagi merasmikan majlis serta Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah.
Antara orang-orang kuat taman - Begitu kusyuk sekali meneliti setiap patah perkataan dalam laporan persatuan. |
Sebahagian daripada penduduk taman yang hadir. Berbilang bangsa dan agama duduk bersama dibawah satu bumbung. |
Ini bukan pasukan bola jaring taman ye... tapi orang2 kuat dibahagian masakan. Siap ada uniform khas! Sepakat Bersatu hati! |
Barisan orang kuat Taman bersama YB Adun KKB (Pn. Lee Kee Hiong) Hebat Pengerusi Majlis dah macam artis berkaraoke! |
Mohon keberkatan - Majlis dimulakan dengan doa. |
Asyik sekali mendengar ucapan dari YB apabila menyentuh sedikit tentang kemelut isu Menteri Besar Selangor! |
Hadiah-hadiah cabutan bertuah yang dapat disediakan. Sebanyak 44 hadiah menjadi rebutan buat mereka yang bertuah! |
Antara pemenang cabutan bertuah di peringkat awal cabutan. |
Menu utama adalah nasi impit bersama kuah kacang dan kuah lodeh. Selain itu disediakan juga pulut kuning berserta rendang ayam. Sudah pasti yang menjadi tarikan utama adalah ubi kayu rebus yang dihidang bersama tiga pilihan iaitu kelapa parut bergula, ikan masin gelama dan sambal tumis ikan bilis menjadi hero utama sebagai menepati tema dalam mengenang zaman sebelum kemerdekaan...
Apa lagi, serbuuu... Masing-masing dah tak tertahan menahan selera!
Antara menu yang disediakan. Siapa lambat alamatnya cium bau ajer laaa... Syabas buat pasukan memasak... semuanya enak sekali! |
Air sejuk pula cukup laris...maklumlah, panas pulak waktu petang tu... |
Lihatlah dalam pinggan masing2... Semuanya nak makan ubi rebus! Menu yang sesekali jer boleh dapat! |
Antara aksi-aksi semasa menjamu selera. |
Tidak dinafikan, memang menu kali ini berjaya menambat selera para tetamu. Selesai menjamu selera, Mesyuarat Agung dimulakan. Satu ahli jawatankuasa baru telah berjaya dibentuk bagi menggalas tanggungjawab dan amanah untuk meneruskan kewujudan Persatuan Penduduk Taman Rasa Indah bagi memberi perkhidmatan dalam menjaga keselamatan, kebajikan, kemudahan, keindahan dan keharmonian setiap ahli penduduk taman.
Anak-anak muda taman yang bakal menjadi tunjang masa depan negara |
Lebih santai makan ditepi padang. Ini barulah betul-betul mengimbau kenangan zaman sebelum merdeka! |
Suasana Majlis dari padang semasa jamuan makan. |
Pakcik Manap antara pemenang utama hadiah cabutan bertuah! Pengacara berseloroh mengatakan Pakcik guna jin mengundang tawa para hadirin. |
Sudah dipenghujung program. Masing-masing membawa pulang hadiah. |
Dengan berakhirnya mesyuarat agung maka berakhirlah program. Satu petang yang ceria dan muhibah bagi setiap penduduk taman. Walaupun majlis agak ringkas namun matlamatnya jelas tercapai serta berjalan dengan lancar. Cuaca juga amat baik sekali bagaikan memberi restu program kami di petang itu.
Taman perumahan ini agak kecil dengan hanya ada 87 buah rumah dan 20 lot kedai memberi sedikit sekatan dari sudut dana dan kemudahan namun dengan kesepakatan dan perpaduan sesama penduduk, ianya berjaya menjadikan salah satu komuniti paling aktif di daerah ini. Ia juga hasil dari kebijaksanaan pengerusi yang bijak menjana pendapatan dan sumbangan bagi merealisasikan setiap program yang dirancang.
Kesibukan dan keletihan menguruskan program berbaloi apabila ianya berjaya mencapai matlamat dan berjalan dengan lancar... Alhamdulillah. Agenda seterusnya adalah untuk membina sebuah dewan serbaguna bagi kemudahan penduduk taman ini. Semoga perancangan kami ini akan berjalan dengan lancar... InsyaAllah...
Mesyuarat berjalan dengan santai dan sempoi tapi tetap mengikut peraturan. Syabas kepada semua AJK dan ahli yang hadir... Terima Kasih! |
Sebelum Merdeka Zaman Kegelapan, Ubi Kayu Menjadi Lambang Kekuatan, Mengharum Ceria Di Taman Perpaduan, Bersatu Hati Tunjang Kesepakatan. |
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
_______________________________________________________________________________
16 comments - "Kenangan Sebelum Merdeka Di Taman Rasa Indah"
sangat menarik..:)
alhamdulilah..
Meriahnya..
Assalammualaikum...BM,
meriah majlis nie... tapi sayang takder pun gambar BM... hehehe
mselim3
pls: bg gambar buat tatapan pengunjung blog nie... hehehe.
Meriah! YB pun dijemput tu...bagusnya rukun tetangga taman ni...:)
syukur.....
salam merdeka...bersepakat membawa berkat ni n semua program ternyata lancar diurus
Waalaikumsalam,
Tapi tulah...sayangnya xde orang lain yg nak pegang kamera, nak selfie pula xpandai... makanya, xdelah gambar sendiri... hehe...
mama dok stalker owner blog ni... aiii takde pulak,. hihi
apapun, meriah betul.. makanan pun nampak sedap2!
Asalamualaikum ya...relex ja minda baca kat sini, tambah lagi gambar gambar berbicara. Rasa nak minta makanan hummm sedap tu..nice entry.http://madey09.blogspot.com/
Alhamdulillah.. menarik & cukup meriah. Makanan pun sedap2. Cuma... mana tuan blog ni.. selfie lah sikit hehee. Semoga permuafakatan yg dijalinkan ini berterusan dgn sepenuh keberkatan... aamiin.
meriah..makanan pun mesti sedap² ni..
wahh..cabutan bertuah pun ada..
Meriahnya. Tempting sgt ubi rebus tu ☺☺
sedapnyer...Ubi kayu tuw....
wah hebatnya persatuan taman BM duduki ni
biasa dengar sambutan hari raya aje, ni kemerdekaan pun sambut
salute saya, kena teruskan dan jangkitkan pada taman lain juga
zaman sekarang punya kejiranan tak sama macam dulu
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”