بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
Memahami Bounce rate
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bounce rate merupakan salah satu data rujukan yang amat penting untuk menilai kualiti sesebuah blog. Ianya menunjukkan akan keberkesanan kandungan sesebuah blog yang mampu menarik minat pengunjung untuk berada lama di sesebuah blog.

Sebelum kita pergi jauh dan menggali tentang ilmu Bounce rate, adalah lebih baik kita fahami dan kenali dulu apakah makna atau yang dimaksudkan dengan bounce rate.

Maksud Bounce Rate

"Bounce Rate is the percentage of single-page visits (i.e. visits in which the person left your site from the entrance page without interacting with the page)." - Google Analytics

Dalam bahasa mudah makna atau maksudnya adalah, "Bounce rate adalah peratusan jumlah pengunjung blog anda yang hanya membuka satu entri dan kemudiannya berlalu pergi tanpa melihat entri-entri anda yang lain."

Contoh mudah bagaimana cara pengiraan untuk mendapatkan peratusan bounce rate :
  • Dalam sebulan, jumlah pengunjung blog anda adalah 100 orang.
  • 20 orang pengunjung membuka dan membaca hanya satu entri anda dan terus keluar.
  • 80 orang pengunjung pula membuka dan membaca lebih dari satu entri.
  • Oleh itu kiraan bounce rate blog anda adalah 20/100 X 100 = 20%

Ini bermakna, semakin rendah peratusan bounce rate adalah semakin bagus kerana ia menunjukkan ramai pengunjung blog anda membuka dan membaca lebih dari satu entri.

Sebagai perbandingan mudah ;
"Yang mana lebih bagus untuk sesebuah kedai, seorang pembeli hanya membeli satu barang atau seorang pembeli tetapi membeli banyak barang?"

Kepentingan Bounce Rate

Apabila sesebuah blog mempunyai peratusan bounce rate yang rendah, ianya pasti akan memberi kesan positif keatas jumlah pageviews. Ia juga akan memberi gambaran bahawa entri-entri di blog anda amat bagus serta disukai ramai. Peratusan Bounce rates juga dapat digunakan untuk menganalisa keberkesanan dan efektifnya sesebuah entri dalam menarik minat pembaca.

Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
Data Bounce rate Relaks Minda Sept 2014 - Google Analytics

Seorang blogger yang bagus dan mampu memberi nilai bounce rate yang baik pada sesebuah entri, pasti akan disukai dan digemari oleh para pengiklan kerana keberkesanan advertorial yang dilakukan selain dari mengaplikasikan teknik SEO.


Oleh kerana data bounce rate ini sangat penting dan memberi impak yang besar kepada blog, maka anda perlu tahu dan bijak untuk menarik pengunjung blog untuk membuka dan membaca entri-entri anda yang lain.

Cuba anda anggap blog umpama sebuah kedai runcit. Seorang pelanggan masuk dan ingin membeli sekilo gula. Bagaimana anda hendak menarik minat pelanggan tersebut untuk membeli barangan lain? Begitulah juga cara mudah untuk memikirkan bagaimana hendak menurunkan peratusan bounce rate dan cara atau teknik untuk melakukannya.

Cara Merendahkan Bounce rate

Anda ingin tahu bagaimana caranya? Anda boleh ikutinya melalui link berikut : http//:cara-tingkatkan-pageviews-rendahkan-bounce-rate.

Namun begitu jika anda inginkan teknik dan tips yang lebih berkesan lagi, ianya akan dibongkar dalam entri selanjutnya nanti.

Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
Data Bounce rate Relaks Minda Sept 2013 ~ Sept 2014 by Google Analytics
Ingin tahu bagaimana cara nak turunkan bounce rate seperti ini? Nantikannya...

Terima kasih dan teruskan bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

26 comments - "Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate "

terima kasih pencerahannya.... alhamdulilah wah hebat blog BM.. semoga terus suksess

paridah delete icon 12:30 PTG

assalam..itu maksudnya bounce rate yer..tq berkongsi info.

Unknown delete icon 2:23 PTG

Assalam BM..kak nah tumpang gembira tengok bounce rate blog BM. muga makin bertambah-tambah hebat lagi dengan pengunjung yang datang..

Unknown delete icon 2:42 PTG

Assalam, Terima kasih atas info ini. Saya juga monitor blog saya melalui google analytics. Setakat ini bounce rate blog masih ok. Sudilah berkunjung.

HAMIDIsP delete icon 4:09 PTG

Soalan wajib jawab untuk BM. Pertama. Adakah sharing url dilaman sosial penyumbang utama BR yg tinggi? Kedua. Adakah artikel yg terlalu banyak juga penyumbang BR yg tinggi? :)

BinMuhammad delete icon 5:31 PTG

Saya boleh katakan ya dan boleh katakan tidak...
Ya...jika blog/entri tidak diaplikasikan untuk merendahkan bounce rate. Entri yang banyak tetapi tidak ada yang saling berkait dan kurang kualitinya.
Tidak...jika ianya dilakukan sebaliknya. (InsyaAllah...akan diceritakan dlm entri sambungannya nanti)
Terima kasih SP.... Selagi boleh jawab, saya akan cuba kongsikan bersama...

Setuju BM, entri yang berkualiti dan berkaitan penting agar pengunjung dapat menyelak entri-entri yang lain juga sebagai rujukan.

Setuju BM, entri yang berkualiti dan berkaitan penting agar pengunjung dapat menyelak entri-entri yang lain juga sebagai rujukan.

reezluv delete icon 8:26 PTG

masih lagi belajar cara nak rendahkan bounce rate ni...payah gak..:D

ANIM delete icon 8:32 PTG

bounce rate ni yang kak anim confius..rupa2nya makin rendah peratusnya makin bagus..

p/s tahniah. berubah wajah.

titan delete icon 8:57 PTG

yap. lebih kurang gitulah maksudnya. hoho

Perkongsian yg cukup bermanfaat... alhamdulillah, setakat ni bounce rate saya pun masih takat rendah.. Mudah2an berterusan hendaknya...

Terima kasih BM. Nak kena belajar rendahkan bounce rate juga ni.

Yana Yani delete icon 1:13 PTG

bounce rate saya agak tinggi
mungkin sebab blog peribadi

amirnawawi delete icon 1:16 PTG

Ok baru faham.. terima kasih atas info ini..

weschairs delete icon 3:41 PTG

Saya punya blog pun bounce rate rendah dan saya rasa bangga jugakla

Fiza Rahman delete icon 4:53 PTG

Owh...baru tau. Thanks for sharing BM.

Unknown delete icon 8:54 PTG

menunggu episod berikutnya ... tak sabar .

Unknown delete icon 12:22 PG

Saya baru tahu pasal bnda nie. Tq atas perkongsian. Bnyk perlu diperbaiki nie


www.ourlovebonding.com

Salam.

Tuan, saya cuba menggunakan plugin "Linkwithin" untuk menyarankan pelawat artikel yang berkaitan. Adakah ini salah satu cara untuk mengurangkan "bounce rate"? Plugin "Linkwithin" ini pula mencadangkan artikel yang kurang/tidak berkaitan, walaupun saya menggunakan "label" yang sama untuk kebanyakkan entri yang berkaitan. Mohon pandangan tuan

BinMuhammad delete icon 12:16 PTG

Ya...Penggunaan widget plugin "linkwithin' merupakan salah satu cara utk merendahkan bounce rate namun ianya tidak menjanjikan sepenuhnya kejayaan. Seperti yg saudara nyatakan adalah benar, plugin ini tidak memilih entri mengikut label kerana ianya hanya memilih entri berdasarkan tajuk entri dan keyword yang berkaitan. Sebab itu paparan tidak semestinya berkait dgn entri tersebut dan gagal berfungsi untuk merendahkan bounce rate.

Oleh itu teknik yg betul, jika ianya dalam label yg sama, gunakan keyword yg sama pada tajuk atau dalam entri untuk widget ini berfungsi seperti yg saudara kehendaki.

Ini juga merupakan teknik SEO untuk menyerlahkan entri2 anda kpd niche tertentu. Apabila entri saling berkait, lakukan internal backlink utk mengukuhkan entri tersebut kerana ianya dapat menarik minat robot enjin carian.

Terima kasih Shahrulnizam... Semoga anda berjaya! :)

Ok. Sudah faham.

1- Saya perlu "ubah" tajuk entri saya supaya lebih relevan.
2- Pautan dalaman yang lebih kerap

Terima kasih sekali lagi.

Tanpa Nama delete icon 12:12 PG

Sangat menarik sekali..thanks BM..

Bunda_nora delete icon 11:23 PG

Satu persatu ilmu boleh didapati disini...terima kasih BM..

Aimacomel delete icon 10:41 PTG

hebatla BM. salute blog ni. memang terbaik. saya baru je nak fokus pd blog. tapi masih xde ilmu lg

Assalam..anis cari topik pasal bounce rate nie.. tengkiu ye atas penerangan.. boleh anis praktikkan.. :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap