بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda sudah melawat Pameran MAHA 2014 (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show) di tapak Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS)? Kalau belum... anda masih belum terlambat lagi kerana pameran ini akan berlangsung sehingga 30 November ini.

Tapak Pameran MAHA 2014 ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan lokasi iaitu :
  • Tapak Pameran Ternakan
  • Tapak Pameran Jentera
  • Tapak Pameran Padi
  • Tapak Pameran Pavilion Negeri-Negeri
  • Tapak Pameran Hall Utama & Agrobazaar
  • Tapak Pameran Flora
  • Tapak Pameran Sayur-sayuran
  • Tapak Pameran Perikanan
  • Tapak Pameran Nanas
Apakah yang menjadi tarikan, menarik dan istimewa di Pameran MAHA 2014 kali ini?

Laman Florakultur MAHA 2014

Antara bahagian tapak pameran MAHA 2014 yang menarik perhatian kali ini dan amat berbeza serta unik sekali dari pameran sebelumnya adalah Tapak Pameran Flora atau Laman Florakultur.

Kalau dulu tapak pameran ini hanya menyajikan bunga-bungaan yang kurang menarik dan agak hambar tetapi kali ini perubahan yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Malaysia selaku pengendali Laman Florakultur telah melakukan transformasi yang sungguh mengujakan!

Selain dari ruang pameran indoor yang tertumpu kepada aktiviti bertemakan agrofood, transformasi luarannya pula istimewa bertemakan kitar semula. Disinilah yang menyerlahkan Laman Florakultur yang menjadi tarikan istimewa di MAHA 2014 kali ini.

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula
Pintu gerbang utama ke Laman Florakultur

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula
Ruang pameran dan aktiviti indoor Laman Florakultur

Sebagai pencinta alam sekitar dan aktiviti kitar semula, tema luaran Laman Florakultur kali ini amat bersesuaian sekali untuk memupuk kesedaran dan memberi idea penggunaan bahan terbuang untuk dijadikan bahan hiasan halaman dan taman kepada orang ramai. Satu langkah bijak dan wajar diberi pujian.

Idea Kreatif Laman Kitar Semula 

Dikongsikan di sini beberapa hasil idea kreatif gubahan dan kreativiti Jabatan Pertanian Malaysia dalam menggunakan bahan terbuang untuk dijadikan hiasan yang menarik dan berguna. - sumber FB JPM

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

Barang terbuang yang biasanya di kitar semula seperti kayu pallet, botol plastik, tong dan tayar mendominasi jenis barangan terbuang yang digunakan untuk menggubah Laman Kitar Semula ini. 

Ianya bukan sahaja dijadikan pasu untuk bunga-bunga ini, malah boleh dijadikan rak dan perabot terutamanya dari kayu pallet terbuang. Hasil idea kreatif yang menarik menjadi tatapan pengunjung di sini.

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar SemulaMAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar SemulaMAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar SemulaMAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

Selain dari barang terbuang yang biasa di kitar semula seperti di atas, pihak Jabatan Pertanian Malaysia juga menarik perhatian para pengunjung dengan menghasilkan beberapa idea kreativiti dari bahan terbuang yang agak luar biasa dan mampu mengundang keterujaan orang ramai.

Sungguh menarik dan istimewa sekali seperti apa yang anda dapat lihat melalui gambar-gambar di bawah ini. Pasti bisa bikin teruja untuk anda mengunjunginya!

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar SemulaMAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar SemulaMAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula

Tarikan Istimewa Laman Florakultur

Selain dari itu, kepada peminat bunga orkid, sebuah laman orkid juga disediakan khas buat anda di Laman Florakultur ini. Di sini, pelbagai jenis spesis orkid yang menarik dan menawan dipamerkan. Dari orkid hutan hinggalah kepada orkid hibrid, semuanya menanti kunjungan anda.

Satu lagi bahan pameran yang menarik untuk anda lihat di Laman Florakultur ini adalah penternakan lebah kelulut. Mungkin ramai yang tidak mengenali spesis lebah yang tidak mempunyai sengat ini tetapi madunya amat berkhasiat berkali ganda dari madu lebah biasa. Anda boleh saksikan sendiri semuanya didepan mata.

Melalui laman Facebook Jabatan Pertanian Malaysia, anda boleh lihat pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang dilangsungkan di ruang pameran indoor Laman Florakultur ini.

MAHA 2104 - ternakan lebah kelulut

Jom ke Pameran MAHA 2014!

Ini baru satu bahagian Tapak Pameran di MAHA 2014, ada pelbagai lagi pameran dan aktiviti menarik untuk dilihat dan dinikmati. Terokailah sendiri ke tapak-tapak pameran lain, semuanya punya daya tarikan, keistimewaan serta keunikan tersendiri.

Jom kita ke MAHA 2014! Pelbagai pameran dan jualan dari pengusaha industri peladang, penternak dan nelayan negara yang serba lengkap hanya di satu lokasi. Untuk maklumat program, lokasi dan informasi, anda boleh ke link berikut : Pameran MAHA 2014 - Agroteknologi Pemangkin Transformasi

Lihat juga apa yang menarik di MAHA 2012 di sini :


p/s: InsyaAllah, hari ini saya akan berkunjung ke Pameran MAHA 2014 ini... Jumpa di sana ya!

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

24 comments - "MAHA 2014 - Tarikan Istimewa Laman Kitar Semula "

Unknown delete icon 3:48 PTG

mmg menarik nie..
sayangnya untuk edisi kali ni x sempat nk terjah.
bz ngan jadual semasa,
nmpk gaya kena tunggu 2 tahun lagi.
rugi rugi.

cantik pintu gerbang tu BM..

paridah delete icon 10:15 PTG

CANTIK TAYAR2 N PELBAGAI BARANG KITAR SEMULA DIJADIKAN BEKAS TANAMAN...

Unknown delete icon 10:39 PTG

Ya Allah..BM.semua cantik2 dan menarik.. kalau dekat pasti kak nah dah sampai..huhu..

kakiblog delete icon 11:39 PTG

menarik dan kreatif..mangkuk tandas ditumbuhi oleh bunga!

Apa yg tambah menarik pokok-pokok yg ditanam subur-subur belaka. Kakak dah bawa balik tayar kereta kakak yg lama masa tukar tayar bulan lepas. Tapi belum ada tindakan susulan nak buat macam ini lagi. Kakak ingat nak cuba cat dan bagi kaki kayu macam gambar ini nampak cantiklah. Sebab biasa kita landingkan atas tanah, bila dudukkan atas kayu nampak berkaki lagi cantik kan...

Kalau ada lagi kisah MAHA ini silalah BM buat N3 lagi. Kakak nak tengok bunga-bunga orkid dia mesti cantik-cantik. Hari itu TV ada tunjuk sikit kakak tak puas tengok:)

Alam Kucing delete icon 11:32 PG

Tanam pokok bunga dalam seluar jean? Haha. Akhirnya ada juga sebab untuk saya keluarkan seluar yang lama-lama ni.

adarain delete icon 12:15 PTG

Kawan saya dah pergi, katanya tempat sangat besar kena pergi dari pagi kalu datang petang takut tak sempat nak lawat semua.

Khir Khalid delete icon 2:15 PTG

Menarik... paling menarik perhatian saya ttg Tapak Pameran Jentera yg disenaraikan tu. Lama juga tak mengikuti perkembangan jentera moden ni. In shaa Allah, ada kesempatan mmg bagus juga melawat ke sana. T kasih atas info BM.. :)

saya suka berkebun... kalau lah dekat memang berhari hari saya pegi MAHA ni... rasa macam takleh nak abis sehari ni

kakiblog delete icon 12:10 PG

info lambat terima ke bro! oh kasihan

Unknown delete icon 8:48 PG

terima kasih atas info yang menarik BM, saya
baru bercadang nak ke sana hujung minggu ni.

Saya bertugas di hari rabu yang lepas...tak berjalan pun ke seratanya...tak sempat dan ramai orang

Memang menariklah dapat pergi Maha ni. Teringin juga nak pergi. Belum ada kesempatan lagi.

memang berbaloi ke sana....

Unknown delete icon 8:27 PTG

wah , best tu ... teringin juga nak pergi .

Tanpa Nama delete icon 9:33 PTG

Kreatif betul ..mangkuk tandas pun boleh di guna..

Kreatifnya dia orang ni..memang ohsemlah..

aRz MoHa delete icon 9:48 PG

kreatif dan menark....
Antaranya adalah tong, tandas duduk dan seluar jeans

keren bunga-bunga yang sangat indah sekali

Unknown delete icon 8:16 PG

Ish dari barangan buangan pun boleh buat sesuatu yang sangat kreatif

Bunda_nora delete icon 4:44 PG

Memang cantik , unik dan kreatif...

Yana Yani delete icon 5:14 PTG

saya tak dapat pergi!
layan gambar kat sini pun best juga =)

yang mangkuk tandas tu kan, jiran lama saya pun ada tanam bunga macam tu =)

Unknown delete icon 10:38 PG

tiba-tiba terasa hati pulakkk sebab sya jenis yg malas berkebun walhal tanah luas belakang rumah .....

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap