بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Menyemai Cinta Alam Sekitar Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana kita boleh menyemaikan rasa cinta kita kepada alam sekitar? Sebenarnya ia perlu penerapan yang sama seperti cintanya kita kepada seseorang.

"Tak kenal maka tak cinta..."
jelas sekali, sebelum kita mencintai seseorang sudah pasti kita perlu mengenalinya terlebih dahulu. Oleh itu untuk mencintai alam sekitar, kita juga perlu mengenali dan memahami tentang alam sekitar.

Alam sekitar memeliputi segala benda bernyawa dan tidak bernyawa yang wujud secara semula jadi di bumi atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi dua komponen utama:
  1. Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batuan dan sebagainya. Juga meliputi fenomena semula jadi yang berlaku.
  2. Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, api, iklim, tenaga, sinaran, cas elektrik dan graviti yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.
Marilah bersama-sama kita mula menyemaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.

Cinta Dari Pandangan Mata

"Dari mata turun ke hati..." Maka lihatlah akan keindahan alam ini. Sudah menjadi lumrah naluri setiap manusia pasti akan suka dan terpikat dengan kecantikan. Namun keindahan alam ini belum cukup dapat menimbulkan rasa cinta yang mendalam. Hilang sahaja dari pandangan mata, tiada perasaan sayang dan kesedihan kerana rasa cinta yang sebenar-benarnya datang dari hati setelah mengenali dan memahami kepentingannya kepada kehidupan kita.

Menyemai Cinta Alam Sekitar

Menyemai Cinta Alam Sekitar

Mengenali Dan Memahami Cinta

Lihatlah alam disekelililng kita. Kenapa perlu ada pokok, binatang, lembah, bukit, gunung, sungai, tasik dan sebagainya? Kenali fungsi setiap satu darinya. Lihat pula kepada bencana-bencana alam yang berlaku. Kenapa dan bagaimana boleh berlakunya bencana ini? Fahami kepentingan alam sekitar ini dalam kehidupan kita.

Apabila semakin kita mengenali dan memahami alam sekitar pastinya akan timbul rasa cinta dan sayang yang mendalam. Alam sekitar berperanan memberi kehidupan yang lebih sempurna, sihat, aman dan sejahtera kepada kita. Melalui kecantikan dan keindahannya memberi ketenangan, kedamaian dan inspirasi di hati dan minda.

Menyemai Cinta Alam Sekitar

Menyemai Cinta Alam Sekitar

Menjaga Dan Memelihara Cinta

Apabila cinta sudah mula berputik dihati maka barulah timbulnya rasa sayang dan ikhlas untuk menjaga dan memeliharanya. Memelihara alam sekitar bukan sekadar perlu dilakukan oleh pihak berwajib dan secara besar-besaran. Kita juga mampu melakukannya diruang lingkup persekitaran kita.

Antara amalan mudah menjaga dan memelihara alam sekitar adalah :
  • Sampah dan sisa buangan dibuang di tempat yang betul.
  • Kurangkan pembaziran sisa buangan.
  • Mengasingkan sampah mengikut jenis dan amalkan kitar semula.
  • Mengindah dan menghijaukan kawasan sekitar rumah.
  • Menanam lebih banyak pokok dan berkebun untuk keperluan sendiri.
  • Gunakan baja kompos dan organik.
  • Penjimatan tenaga dan air
  • Gunakan peralatan mesra alam yang tidak mencemarkan.
Menyemai Cinta Alam Sekitar

Menyemai Cinta Alam Sekitar

Cinta Semakin Mendalam

Untuk menyemai dan mengukuhkan rasa cita kepada alam sekitar, selalulah kita bersamanya. Kunjungilah tempat-tempat alam semulajadi yang indah, nyaman, segar dan menenangkan ini. Beriadah bersama keluarga sambil menikmati keistimewaan dan keindahan alam sekitar yang kita cintai.

Antaranya menikmati kesejukan air terjun, mendaki gunung, bercanda di tepian pantai, menyelam ke dasar laut dan banyak lagi lokasi alam semulajadi yang boleh kita nikmati. Harus diingat tujuan kita... bukan sekadar merasai dan menikmati alam sekitar ini tetapi menjaga dan memeliharanya kerana kita tidak akan sesekali memusnahkan dan mencacatkan sesuatu yang kita cintai.

Menyemai Cinta Alam Sekitar

Menyemai Cinta Alam Sekitar

Cinta Alam Sekitar - Cinta Kepada Pencipta

Alam sekitar yang indah dan sempurna ini dicipta lengkap untuk kehidupan semua makhluk dimuka bumi ini. Setiap satu darinya punya fungsi dan peranan yang tersendiri dan penting untuk kestabilan alam. Jika kita lihat dan fahaminya... pasti akan mengagumi kebijaksaaan dan kekuasaan pencipta diri kita dan alam ini.

Diciptanya kita sebagai ciptaan teristimewa yang punya akal dan nafsu sebagai khalifah di muka bumi ini. Adalah menjadi kewajiban kita untuk menjaga dan memelihara setiap ciptaanNya. Maka mencintai alam sekitar samalah seperti kita mencintai penciptanya. Hanya Dia yang satu... Maha Mencipta dan Maha Bijaksana... Allah SWT.

Menyemai Cinta Alam Sekitar

Menyemai Cinta Alam Sekitar
Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Al-Tirmizi)

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

16 comments - "Menyemai Cinta Terhadap Alam Sekitar "

Cintailah alam sekitar... lapisan ozon semakin menipis....

MashaAllah .. cantiknya kan alam kita. InshAllah bersma menjaganya terutama sekali untuk generasi skrg dan akan datang.

Jemput singgah blog saya ya asyrafanisah.blogspot.com

Unknown delete icon 5:30 PTG

Cinta dihati...rindukan kesegaran alam flora fauna ciptaan ilahi...hargailah...siapa lagi nak menyintai alam sekitar kalau bukan kita

BinMuhammad delete icon 6:15 PTG

Ozon semakin menipis...cuaca menjadi tidak menentu...

BinMuhammad delete icon 6:16 PTG

Semoga ada kesedaran utk menjaga dan memelihara alam sekitar dalam hati setiap orang...

BinMuhammad delete icon 6:18 PTG

Cik akak memang sesuai utk menyemaikan rasa cinta dihati setiap insan untuk mencintai alam sekitar... :)

Alam sekitar semulajadi mmg menyamankan.. udaranya pun sejuk. Skrng ni mmg agak sukar nak dapatkan suasana udara yg mcm tu. Semoga bersama kita semua sentiasa menghargai & mencintai alam sekitar.. Perasaan cinta itu mmg sentiasa perlu dipupuk bermula dgn diri kita sendiri.

ZaridaIshak delete icon 10:08 PG

cantik gambar-gambar di atas tu... sedap mata memandang, rasa damai. Alam sekitar kita tanggungjawab kita...

Unknown delete icon 10:33 PTG

Sesunggunhnya Allah jadikan dunia ini cantik dan subur.. tetapi tangan2 manusia itu sendiri yang merosakkannya... malang bagi mereka yang tidak tahu bersyukur..

Tanpa Nama delete icon 9:36 PTG

Hijau..menenangkan..menjadi terapi mata..

ibnu delete icon 12:18 PTG

sungguh indahnya alam kita ini,,

Bunda_nora delete icon 4:21 PG

Cintailah alam sekitar kita..

Bunda_nora delete icon 4:46 PG

Hijau yang menenangkan..

Yana Yani delete icon 5:12 PTG

cantiknya alam ni kan BM
kalau manusia tak mampu menjaganya, memang hilanglah semua ni
selalu dok ajar anak-anak jangan buang sampah merata
sampai afif pun selalu kata, "kalau buang sampah bersepah, nanti bumi tak cantik kan mama" =)

Zie_dhan delete icon 11:27 PG

Infonya menarik jadi dapat ilmu tambahan,,makasih gan saya tunggu informasi selanjutnya

sonia delete icon 1:59 PTG

terima kasih atas perkongsian. banyak info berguna.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap