بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Menilai Erti Sebuah Persahabatan Seorang Blogger
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salah satu matlamat seorang blogger adalah menjalinkan ukhwah. Bersahabat sesama blogger. Walaupun ianya bukanlah satu kewajiban tetapi sebuah blog yang interaktif pasti perlukan interaksi dan komunikasi dua hala.

Blog merupakan salah satu medium media sosial yang ada di dunia siber ini. Apabila dinamakan media sosial, ia bermakna mesti ada komunikasi. Oleh sebab itu blog mewujudkan ruangan komen yang menjadi medan komunikasi antara penulis dan pembaca.

Apabila berlakunya komunikasi, maka bermulalah jalinan persahabatan. Uniknya di media sosial ini, walaupun tanpa jasad dan rupa, tetapi ianya masih mampu menjalinkan satu ikatan persahabatan yang erat. Hubungan ini terjalin hasil dari kekerapan mengunjungi sesebuah blog lalu menitipkan komen selain dari penyertaan contest atau segmen.


Mengenal Hati Budi

Menilai Sebuah Persahabatan Seorang BloggerMelalui coretan entri yang dihasilkan, sedikit sebanyak menyerlahkan personaliti. Begitu juga dengan interaksi di ruang komen. Persahabatan boleh menjadi lebih erat apabila sedikit demi sedikit dapat menyelami kehidupan, hati dan budi masing-masing.

Apabila wujudnya keserasian, kesefahaman, kepercayaan dan saling menyokong serta membantu, maka hubungan persahabatan menjadi seperti isi dan kuku. Tidak mustahil apabila ada yang terus menjadi sahabat sejati malah bertemu jodoh melalui medium sosial ini apabila persahabatan dilanjutkan ke dunia realiti andai kejujuran dan keikhlasan menjadi tunjang persahabatan.


Antara Dunia Siber Dan Realiti

Namun apa yang pasti, kita harus menerima hakikat sebenar realiti dunia siber. Walaupun persahabatan yang dijalinkan akrab namun ianya tetap tidak menjaminkan kebenaran di dunia realiti.

Menilai Sebuah Persahabatan Seorang BloggerTatkala kita bagaikan mengenali sikap, hati dan budi... namun ianya tidak semestinya menggambarkan sikap sebenar serta kejujuran seseorang selagi kita belum mengenalinya di dunia yang nyata.

Kita menilai seseorang hanya melalui tulisan, cerita dan gambar. Boleh jadi ianya benar dan tepat tetapi ia juga boleh jadi sebaliknya. Terpulanglah kepada anda semua dalam menilai rakan-rakan siber anda. Gunakan kewarasan serta kematangan fikiran dalam membuat sebarang penilaian dan tindakan.

Kadangkala semua ini tidak perlu difikirkan sangat jika persabatan yang terjalin tidak melibatkan hati dan perasan serta masih terbatas dalam garis sempadan hukum agama. Fokuskan sahaja kepada matlamat dan tujuan anda berblogging.

Bagi aku pula, semua yang berinteraksi di blog ini, dianggap sebagai sahabat. Walaupun tidak mengenali rupa, jasad, hati dan budi, selagi tiada masalah dan masih dalam garis sempadan, anda semua adalah sahabat yang amat-amat dihormati, dipercayai dan dihargai. Terima kasih di atas ikatan persabatan yang ikhlas ini.

Menilai Sebuah Persahabatan Seorang Blogger


Sahabat Paling Mesra

Panjang pula mukadimah... Sebenarnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat semua yang sudi meninggalkan sepatah dua kata di ruangan komen blog ini. Tanpa feedback atau interaksi, sudah pasti setiap entri di blog ini terasa sunyi bagaikan tiada pengunjung. Teruskan memberikan komen kerana anda semua adalah permata di hati ini....

Sebagai hadiah buat 20 komentar yang paling mesra bulan November, anda semua tersenarai di Bloglist Sahabat (sidebar blog) ini sepanjang bulan Disember. Ini sahajalah penghargaan yang dapat diberikan. Kepada tetamu blog ini, kunjungilah mereka yang ramah dan mesra ini... pasti anda akan temui pelbagai kisah dan topik yang menarik sebagai santapan di alam siber ini.

Menilai Sebuah Persahabatan Seorang Blogger

Daripada ‘Abdullah R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan jiran tetanggannya”.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

38 comments - "Menilai Erti Sebuah Persahabatan Seorang Blogger"

terimakasih BM..semoga ukhuwah yg terjalin diberkati ALLAH...

Tanpa Nama delete icon 9:48 PG

salam singgah

Ok...Saya memang mesra. Tapi dalam blog lah,..hehehe...

Tahniah buat semua yg tersenarai.

ala takde pulak nama saya..hehee..sebab jarang komen tapi suka baca entry2 kat sini :)

Admin delete icon 10:05 PG

Apsal nama saya tak ada ... hari2 komen tau ... komen dalam hati :P

paridah delete icon 10:19 PG

assalam...terima kasih sudi bersahabt demi Allah dari dunia hngga akhirat...

Nanie delete icon 10:34 PG

alhamdulillah, dapat baca komen org kt rasahappy kan? salam ukhuwah :)

As salam BM, saya masih lagi menyokong anda dan sentiasa..InshaAllah:) Gembira melihat blog ini terus maju dan cemerlang..Tahniah:)

OKje delete icon 11:55 PG

Baru teringat sahabat zoo mak semalam tau....tetiba hari ni dia muncul hihi.....
Ok lama tak dtg sini ......sebab tak sempat, nak gi bw sahabat yg dtg komen dlm entri pun tak terhabis....hihi...
Setuju BM.....dpd gaya penulisannya pun kita dah dpt agak macamana orang tu walaupun tak semestinya sama ngan realitinya.... Yg penting berblog ni boleh menjalinkan ukhwah... ye dak

Unknown delete icon 12:05 PTG

Tahniah buat semua yang tersenarai ye ;D

Khir Khalid delete icon 1:01 PTG

Alhamdulillah tersenarai juga saya walaupun waktu berblogging kebelakangan ini agak tidak menentu. Selagi mampu akan terus menjaga ukhwah yg terbina ini. Semoga persahabatan yg terjalin di alam maya dpt dipanjangkan ke alam nyata dgn hubungan ukhwah kemesraan ihklas berkekalan, in shaa Allah.. aamiin.. :)
T kasih BM & tahniah juga kpd sahabt2 lain yg tersenarai... :)

Hablumminannas.. lebih kurang macam itulah BM
Kakak pun tersenarai juga hihi... kadang kalau ada dlm list mana-mana blog yg popular macam Relaks Minda ni kakak malu sebenarnya sebab kalau yg tak pernah ke blog kakak tetiba masuk alahai tak ada apa sebenarnya...

Tapi jujur kakak kalau siapa saja yg jejak ke blog kakak apa pun cara akan kakak jejaki semula.. itulah ukhuwah yg termampu kakak lakukan.

BinMuhammad delete icon 1:46 PTG

InsyaAllah...begitulah hendaknya

BinMuhammad delete icon 1:48 PTG

Walaupun tanpa komen, kunjungan tetap dihargai. Bulan ni komen byk2 ye :)

reezluv delete icon 4:14 PTG

salah satu blog yang hebat juga ni..:D

Unknown delete icon 4:22 PTG

Cik akak tidak ada rupanya...lama tak komen..bukan tak ingat uncleku yang seorg nie..cuma jarang bw dah sekarang nie...harap uncle bm tak ambik hati..hahaha...nanti dah ada laptop balik..cik akak bangkit menulis balik...tetap ingat uncle bm walaupun uncle sentiasa menyorok indentitinya..haha..

adeh aku duk nombor 20..kena tingkatkan prestasi nie

Etuza delete icon 5:57 PTG

asalam terim akasih ya..letakkan nama Etuza ..terbaik rasa terharu dihargai sebegini..tahnia ya..

Etuza delete icon 6:00 PTG

Asalam BM line ternet etuza tak kuat selalu slow sebab itu agak gagal buat BW banyak2 klik ja blog kawan2 terus erro unloading..so tired..tq ya akan selalu jenguk Bm lepas ni ya

Walau sahabat maya atau realiti masing-masing ada sempadan tertentu

Tanpa Nama delete icon 10:11 PTG

Semoga persahabatan ini terus berkekalan hendaknya..:)

Pha Is delete icon 6:36 PG

tahniah buat mereka yg tersenarai.. smoga persahabatan ini kekal murni berpanjangan..

betul tu BM..saya masih ada rakan blogger dan saling berkunjung sejak 3 tahun yang lepas sehinggakan domain mereka dah tersangat hafal termasuk lentuk bahasa yang mereka gunakan

Unknown delete icon 11:11 PG

Terharunya saya, sebab menjadi sahabat yang mesra siber dengan BM

BinMuhammad delete icon 12:01 PTG

Terima kasih juga kepada Kak Paridah

BinMuhammad delete icon 12:03 PTG

Ya...benar sekali... Memang seronok jer dapat baca komen.

BinMuhammad delete icon 12:07 PTG

Terima kasih diatas sokongan CM... Amat2 menghargainya

BinMuhammad delete icon 12:10 PTG

Saya pun sama OKje... sesekali jer dapat masa terluang utk bw, mana yg sempat ajer la.
Terima kasih sebab masih ingat hippo kat sini... :)

BinMuhammad delete icon 12:24 PTG

InsyaAllah...mungkin kita bertemu satu hari nanti... :)

BinMuhammad delete icon 12:26 PTG

Saya juga cuba melakukan yg sama tapi selalunya masa menjadi penghalang. InsyaAllah...cuba yg termampu.
Komitmen akak memang saya kagumi.

BinMuhammad delete icon 12:27 PTG

Tidak hebat mana pun...blogger dipinggiran sajer
Terima kasih... amat berbesar hati terima kunjungan anda

BinMuhammad delete icon 12:29 PTG

Muka tak hensem... Lainlah macam cik akak yg anggun, cantik dan menggoda... :)

Unknown delete icon 5:21 PTG

sebab tu saya lbh suka mesra online drp berjumpa ...

Tanpa Nama delete icon 11:13 PTG

tahniah alls...

Bunda_nora delete icon 4:28 PG

Terima kasih...tersenarai..

Yana Yani delete icon 5:22 PTG

wow, menariknya membaca titipan atas tu
rasanya berdasarkan apa yang saya tulis, boleh agak tak saya ni macamana? =)
apapun saya setuju sangat dengan BM
mereka tetap sahabat walau cara pengenalan adalah berbeza =)
rasanya rakan blogger lebih rapat dari rakan dunia realiti =)

Unknown delete icon 10:44 PG

Assalam...salam hujung minggu BM...kak nah baru berkesempatan untuk berBW hari ini.. nak marathon BW hari ni..in shaa Allah. terima kasih sudi bersahabat. kerana Allah kita bersahabat.. kerana Allah kak nah sayang semua sahabat2 kak nah..muga berkekalan..

Danz My delete icon 4:43 PTG

Menarik gan infonya,,
terus posting info'' yang menarik yah,,kunjungi balik

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap