بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 5 Syarat untuk melakukan maksiat? Pasti ramai yang ingin mengetahuinya. Itulah lumrah sifat manusia, jika ianya dilarang itulah yang ingin dilakukan. Apa yang disuruh pasti sukar pula untuk dituruti.

Inilah kelemahan manusia yang memudahkan buat syaitan untuk menyesatkan kita semua. Kita dikurniakan nafsu untuk menikmati nikmat kehidupan tetapi jika ianya tidak dikawal maka akan menjadi petaka yang akhirnya memusnahkan segala nikmat di dunia dan juga di akhirat. Kelebihan dikurniakan akal fikiran pula seringkali tidak digunakan sebaiknya.

Hanya 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat

Masih juga nak tahu bagaimana boleh melakukan maksiat di dunia ini? Wah! Macam tak sabar jer... Ya, Boleh! Namun ada lima syarat yang perlu dituruti. Ikuti kisah berikut yang menyatakan 5 syarat untuk membolehkan anda melakukan maksiat.


5 syarat Untuk Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki bernama Abdullah menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

sinaran mentari menyinari alam

"Syarat yang kedua, kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!." kata Ibrahim,  Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Syarat ketiga, kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

sinaran mentari menyinari alam

Ibrahim melanjutkan, "Syarat keempat, kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya...Itulah syarat yang kelima"


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.


Ikuti Segala Perintah, Jauhi Segala Larangan

Mampukah kita untuk memenuhi kelima-lima syarat yang telah ditetapkan? Jika masih lagi ada lagi berdalih untuk menghalalkan maksiat... sesungguhnya hatimu telah hitam dan keras seperti batu. Semoga Allah membuka pintu hidayah agar ada ruang kecil dihatimu untuk terdetik walaupun sedikit agar kembali berubah ke jalan yang benar.

Hadirnya kita di dunia ini bukan boleh bebas untuk berbuat apa sahaja sesuka hati. Kita semua punya tanggungjawab dan matlamat yang perlu dilakukan dan ditaati. Kehidupan yang hanya sementara sebelum menikmati kehidupan yang kekal abadi.

Semuanya telah diajar oleh utusan Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW dan tertulis lengkap dan rapi di dalam Al Quran. Oleh itu... Ikutilah segala perintahNya dan jauhilah segala laranganNya.

sinaran mentari menyinari alam


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Diolah semula dari sumber
Ditulis oleh :

16 comments - "Hanya 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat"

Tanpa Nama delete icon 9:36 PG

perkongsian yang menarik

terima kasih atas perkongsian ini..

paridah delete icon 9:52 PG

assalam...perkongsian yg bermnafaat...jauhi segala mksiat trhdap Allah kerana kita ini kejadian Allah...

Cantik! kena baca dan hayati betul-betul.
Kalau dah tak mampu nak buat semua lima syarat tu kenalah patuh padaNya. Amar makruf nahi mungkar. Ini banyak sudah diberi segala nikmat nak sujud dan patuh pun payah benar.

HAMIDIsP delete icon 1:48 PTG

Semoga kita mendapat pengajaran daripada perkongsian ilmu ini.

Jika difikirkan balik, buat maksiat ni sebenarnya jauh lebih rumit dari melakukan kebaikan. Tapi, biasalah kita manusia ni. Mudah terpedaya dengan bisikan syaitan yang menghasut kita supaya terus melakukan kemungkaran.

Unknown delete icon 4:30 PTG

Teguran yang membina...alhamdulillah....semoga apa yang diceritakan memberi pengajaran kepada kita semua...

Unknown delete icon 8:55 PTG

Bgus demo nih..Keep it up..Happy blogging

Hero Borneo delete icon 6:00 PTG

baca entri..mesti ramai tak nak buat maksiat lagi selepas ini.

jie susanos delete icon 8:55 PTG

penkongsian yg mnarik..tq kerana memperingatinya..

perkongsian yang menyedarkan walaupun dah banyak kali baca tapi..kita kena selalu mengingatkan

Tanpa Nama delete icon 11:40 PTG

nasihat yang baik BM..tqsm..

Terima Kasih BM atas pencerahan ini..Sama2 kitajauhkan maksiat ..Sama2 kita menegur ke arah kebaikan..Betul tu BMhadirnya kita di dunia ini bukan bebas untuk membuat apa saja..Kita ada ALLAH yang sentiasa memerhati ntindak tanduk kita..Kehidupan yang Allah bagi untuk kita ni hanyalah sementara...Jadi jangan lupa ingat Allah dan jauhi diri kita dari maksiat ..InsyaAllah berkat hidup

Unknown delete icon 9:01 PTG

muhasabah diri bhw kita hanyalah menumpang di bumi Allah ...

Terkesan membaca di awal2 pagi ni.. Allahuakbar... semoga Allah sentiasa mengampuni dosa2 kita semua samaada yg sengaja atau tidak disengajakan... aamiin...

Fiza Rahman delete icon 10:32 PG

Perkongsian yang sangat bagus. Thanks BM.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap