بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana hendak membuat entri yang disukai atau mesra enjin carian Google? Ada yang kata perlu optimumkan SEO... Ya betul! Ada yang kata perlukan isi kandungan blog yang berkualiti... Ya betul! Ada yang kata perlu tulis panjang-panjang... Ya betul. Tidak kira apa sahaja panduan yang anda pelajari dan ketahui untuk membuat entri yang disukai atau mesra enjin carian Google, semuanya adalah betul.

Namun begitu adakah entri yang disukai oleh oleh enjin carian Google juga disukai oleh para pengunjung?

Untuk membuat entri anda disukai oleh enjin carian itu adalah sesuatu teknikal dan tektikal, iaitu amat jelas dan 'straight to the point' tetapi untuk memuaskan hati setiap pengunjung agar menyukai entri anda adalah sesuatu yang terlalu subjektif.

Entri Disukai Google Atau Entri Disukai Pengunjung
Memikat Google atau Pengunjung?

Google Atau Pengunjung Blog?

Untuk memikat hati pengunjung bukanlah sesuatu yang mudah kerana sifat serta naluri manusia yang berbeza-beza dan amat subjektif. Ianya memerlukan kelebihan melalui kemahiran, idea, kreativiti, bakat, identiti, keunikan dan keistimewaan yang diaplikasikan sebaik mungkin.

"Bak seorang jejaka ingin memikat si dara..." Maka ianya perlukan usaha, latihan, eksperimen dan sebagainya yang dilakukan secara berterusan agar akhirnya menemui serta menyerlahkan kehebatan dalam diri yang mampu memikat para pengunjung anda.

Apabila mempunyai sesebuah blog, setiap dari kita pasti punya matlamat yang tersendiri. Melalui matlamat tersebutlah maka terletaknya arah dan pilihan sama ada mahu memikat enjin carian Google atau sebaliknya.

Ada empat kategori kemungkinan yang akan menjadi pilihan untuk bersesuaian dengan matlamat serta tujuan kewujudan blog anda.

1. Hanya fokus untuk disukai enjin carian Google
  • Mungkin blog anda hanya perlu untuk memikat enjin carian Google iaitu tidak memikirkan sama ada disukai pengunjung, beramah mesra dan berinteraksi mahupun kualiti atau ianya bermotifkan untuk pendapatan, pemasaran, keuntungan serta penyebaran maklumat. 
  • Apa yang penting adalah trafik serta mudah dapat dicari dan diakses oleh pengguna internet agar matlamat anda mudah tercapai.

2. Hanya fokus untuk kepuasan diri sendiri serta pengunjung
  • Ada juga blog yang hanya pentingkan kepuasan, kualiti dan memikat hati pengunjung di mana blog sebagai ruang untuk meningkatkan kemahiran menulis, berkarya, menjalinkan persabatan, perkongsian pengalaman dan ilmu serta mengasah bakat tertentu melalui perkongsian di alam maya ini.
  • Tidak kisah akan jumlah pengunjung asalkan ianya dapat memberi kepuasan dan bermanfaat kepada diri sendiri serta pengunjung. 

Entri Disukai Google Atau Entri Disukai Pengunjung
Anda yang memancing... Anda pasti tahu apa yang hendak dipancing

3. Perlukan kedua-duanya
  • Ada juga yang memerlukan kedua-dua elemen tersebut serentak. Ini selalunya terjadi apabila entri di blog yang berkualiti dan bermanfaat dirasakan perlu untuk mendapat sebaran yang meluas dan diketahui oleh ramai orang melalui kelebihan yang ada pada medium sosial blog ini selain daripada untuk meningkatkan populariti, penjenamaan dan juga bermotifkan serampang dua mata.

4. Langsung tidak perlukan 
  • Mungkinkah ada blog yang tidak memerlukan kedua-duan keperluan ini? Ada! Antara contohnya adalah... 
  1. Blog yang diwujudkan hanya khusus untuk penyertaan peraduan atau segmen. Tak penting semua itu, hanya cukup sekadar terbitkan entri penyertaan. 
  2. Blog yang wujud sekadar dijadikan tempat untuk trial dan error.
  3. Blog peribadi yang bersifat seperti diari yang hanya untuk diri sendiri tanpa menghiraukan trafik, kepentingan entri, menjalinkan kemesraan serta berinteraksi dengan pengunjung. Blog seperti ini wajar disable sahaja ruangan komennya atau tidak perlu di setting readers kepada public


Pilihan Ditangan Anda

Oleh itu blog anda dalam kategori pilihan yang mana? Keperluan manakah yang diperlukan untuk blog anda... Adakah entri untuk disukai oleh enjin carian Google atau pengunjung? Mungkinkah untuk kedua-duanya sekali atau mungkin juga sebaliknya?

Apa pun jua pilihan anda, ianya adalah hak anda... Blog anda, cara anda. Motif entri ini sekurang-kurangnya dapat membuka minda untuk anda memilih serta melakukan apa yang sesuai dan diperlukan untuk blog. Pilihan RM adalah kedua-duanya kerana 'ilmu dikongsi bersama'...untuk manfaat bersama.

Entri Disukai Google Atau Entri Disukai Pengunjung

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

17 comments - "Entri Disukai Google Atau Entri Disukai Pengunjung?"

saya tak perlukan ape-ape kot..sebab blog tu sekadar tempat melepak saya luahkan diri perasaan saya..

Unknown delete icon 1:30 PTG

cik akak perlukan kedua-duanya..hihi

HAMIDIsP delete icon 2:21 PTG

Sejujurnya SP mahukan kedua-duanya. Sambil berkongsi informasi, kita pun nak juga blog jadi sumber pendapatan sampingan kan..

terima kasih... tiba masanya perlu fikir untuk tujuan apa blog tu... tapi pertemuan dengan kawan2 di dunia maya mula membuka mata bertapa kita tak boleh sesuka hati bercakap sepertimana berinteraksi di alam nyata... blog banyak mengajar

paridah delete icon 3:43 PTG

berblog sambil menjana pendapatan tentu lbh baik...

natura delete icon 3:59 PTG

Bagi saya artikel blog perlu memenuhi apa yang pembaca ataupun pengunjung nak baca.
Dan daripada situ baru googla akan suka kan.

mrhanafi delete icon 4:36 PTG

paling pentimg tidak membuang masa pembaca..mereka mendapat manfaat dan kebaikan hasil penulisan kita.

pada kau perlu tulis apa yang pembac anak baca...apa yang enjin carian suka..kita selit kemudian

Tanpa Nama delete icon 10:29 PTG

nak keduanya..tapi bukan mudah,perlu usaha..

titan delete icon 2:18 PG

jadi lebih tamak. buat dua-dua. hehe

bukankah orang tamak selalu untung..

Kedua-duanya diperlukan, kalau tak dapat kedua-duanya, ambil teknik yang pertama dulu agar blog anda digemari google. Penggunaan dan teknik yang betul sangat mustahak dan bukan dapat dipelajari dalam masa singkat. -Sekadar pendapat.

Mrs. A delete icon 12:31 PTG

Kehendak ke keperluan??? ngeh...ngeh..ngeh...
nak kedua--duanya

Khir Khalid delete icon 9:40 PTG

Kalau boleh biarlah disukai kedua2nya.. kasi balance.. :D

Unknown delete icon 9:33 PTG

blog saya sekarang ada kedua- duanya . kerana saya x nak blogger yg rajin bertandang itu bosan . kesannya , ada pertambahan follower wpun x kerap ...

Yana Yani delete icon 5:07 PTG

selama saya berblog, satu-satu entri saya yang mempunyai lebih daripada 20k visitor adalah cara membuat donat
meninggalkan jauh entri saya yang lain
tak tahulah apa puncanya yang buatkan ianya begitu popular
masa perlu banyak pelajar pasal ni =)

Fiza Rahman delete icon 11:42 PG

Kalau boleh nak dua². Disukai oleh pengunjung dan juga carian google.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap