بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Cara Mengatasi atau Menangani Masalah Kenaikan Harga Barang: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang kita semua maklum... Kenaikan harga komoditi akan membawa kesan kepada kenaikan harga barang.

Kenaikan harga barangan ini tidak mampu kita sebagai insan marhain untuk mengawalnya. Ianya umpama teori domino di mana rantaian setiap barangan saling berkait lalu semuanya akan terpalit lalu kenaikan tidak dapat dibendung lagi.

Lebih malang apabila ada yang menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Ketika naik...segalanya naik, ketika turun... Buat-buat tak tahu ajer. Tiada kawalan dan pemantauan berterusan dilakukan.

Maka, insan yang kaya akan bertambah kaya lalu menekan insan yang hidup sederhana dan susah menjadi semakin miskin.

Masalah Kenaikan Harga Barang

Keluh resah, pahit serta kepayahan sebagai rakyat jelata yang berada di kasta terbawah dalam organisasi sesebuah kerajaan tidak akan didengari kerana kepentingan mereka yang di atas lebih diutamakan.

Inilah realiti kehidupan di zaman ini. Tidak mahu generasi akan datang menjadi lebih susah dari kita. Namun tidak mahu pula keamanan menjadi taruhan. Tidak mahu api kemarahan menjadi sandaran tindakan dan tidak mahu juga perpecahan mengganggu keharmonian.

Maka... Apakah yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah dan kepayahan ini? Adakah cara untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan yang semakin membebankan ini?

Sebagai seorang Muslim.. Kita perlulah berfikiran waras dan rasional berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta keyakinan keimanan kepada Allah SWT.

Menangani Masalah

Kisah terdahulu pada tahun 1960-an ini dapat dijadikan pedoman dan panduan bersama untuk dijadikan asas kekuatan umat Islam dalam melakukan tindakan dalam menangani masalah kenaikan harga barangan.
Telah berlaku kenaikan harga yang melampau di India pada tahun 1960-an. Syekh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi (Rahmatullah 'alaih) adalah seorang da'i, pengarang kitab Hayatussahabah dan terkenal dengan zuhud dan waraknya.

Orang ramai telah bertemu beliau dan mengadu tentang kenaikan harga dan kemahalan yang merosakkan (keharmonian hidup) maka mereka berkata kepadanya; "adakah perlu kita melakukan revolusi menentang kerajaan dan buat demonstrasi demo demonstrasi?"

Syekh telah berkata kepada mereka;
"demonstrasi adalah cara orang-orang batil (tidak berada di atas jalan yang benar). Manusia dan barang-barang di sisi Allah seperti dua belah neraca penimbang, sekiranya naik tinggi nilai manusia di sisi Allah dengan iman dan amal soleh maka berkuranglah nilai barang.

Apabila kurang harga manusia di sisi Allah disebabkan dosa-dosa dan maksiat maka naiklah nilai barang dan bertambahlah harga lalu tersebarlah kemahalan.

Justeru, hendaklah kamu melaksanakan usaha atas iman dan amal soleh hingga terangkat tinggi nilai kamu di sisi Allah dan berkurangan harga-harga barang.

Janganlah kamu menakutkan manusia dengan kefakiran kerana ini adalah kerja syaitan maka janganlah kamu jadi dari kalangan tenteranya dalam keadaan kamu tidak sedar (akan kesalahan tersebut).

Demi Allah jika ada rezeki untuk seorang hamba dalam batu besar yg licin di dasar laut sekalipun pasti akan terbelah batu tersebut supaya disampaikan rezeki tersebut kepadanya.

Kemahalan tidak boleh menyekat engkau dari rezeki yg Allah bawa kepada engkau„ Zat yang telah membuka mulutmu tidak akan melupakanmu.

Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf bermaksud;
"dan jika penduduk negeri beriman dan bertaqwa pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka "keberkatan dari langit dan bumi".

Dengan iman dan taqwa akan datang kebahagian masyarakat manusia dan akan tersebat kepada mereka nikmat dan kesenangan yang melimpah ruah." - mzb al qasimi

Kisah di zaman Rasulullah Sollallahualaihiwasallam apabila berlakunya kenaikan harga barang. Cara untuk mengatasi atau menangani masalah ini mengikut cara Rasulullah
Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi Sollallahualaihiwasallam, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para Sahabat Radiyallahuanhum bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Dalam peristiwa ini Sayyidina Abdurrahman Bin Auf Radiyallahuanhu telah membantu penduduk Madinah dengan beliau menjual harga barang2 dagangannya dengan harga yang biasa..

Walaupun ada pedagang2 lain ingin membeli barang2nya dengan harga yg berganda2.. Namun, Sayyidina Abdurrahman menolak tawaran itu untuk membantu penduduk Madinah..

Walaubagaimanapun kita perlu ingat bahaw kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan.

Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Islam Is The Way of Life

Setiap keburukan dan masalah itu datangnya dari kita sendiri. Maka hanya kita yang mampu memperbaiki dan mengatasinya.

Apa yang perlu kita semua lakukan ketika ini adalah kuatkan keimanan dan ketakwaan dalam diri. Bersatu perkuatkan syiar Islam dalam masyarakat. Bersolat berjemaah setiap waktu di masjid dan berdoa.

Jauhi segala kemungkaran dan ikutlah segala perintah Allah SWT. Ikutlah jalan yang benar dan diredai... InsyaAllah, janji Allah SWT tidak pernah Dia mungkiri.

Ketahuilah setiap yang berlaku itu ada punca dan asbabnya untuk kita semua renungi serta muhasabah diri kerana dari situ akan terlihat jalan dan hikmah besar disebaliknya.

Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah buat kita dan mereka... Selesaikanlah masalah kenaikan harga barang ini


Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

2 comments - "Cara Mengatasi Masalah Kenaikan Harga Barang"

hmm..malas nak komen bab nie :(

Salam BM, Kenaikkan harga barang memang tidak boleh dielakkan tambahan lagi kerajaan terpaksa kurangkan subsidi untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan, dan lebih malang lagi demi membayar hutang...hehe :-)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap