Apa aktiviti menarik masa cuti sekolah nanti? Jom ke Expo dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) - MAEPS Serdang menjadi lokasi terbaik untuk dikunjungi.
Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show atau ringkasnya MAHA 2016 bakal diadakan pada tarikh 1 - 11 Disember di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bertemakan "Makanan Kita Masa Depan Kita - Our Food Our Future", MAHA 2016 bakal menampilkan 1,500 gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk penyertaan peserta luar negara.
Objektif Pameran MAHA
Berasaskan inisiatif memperkayakan sektor pertanian dan membangunkan pertanian baru, Pameran MAHA menggariskan beberapa objektif :- Untuk mempamerkan perkembangan terkini agro-makanan dan pertanian berasaskan industri di Malaysia
- Untuk menggalakkan pemahaman mengenai hala tuju agro-makanan dan perniagaan berasaskan pertanian
- Menyediakan platform untuk peluang perniagaan dan pembangunan di peringkat tempatan dan antarabangsa
- Untuk mendorong dan memotivasi pembangunan generasi muda dan masa depan dalam agro-makanan dan industri asas tani
- Bagi menjadikan MAHA sebagai pameran perdagangan yang mampu menarik minat penyertaan syarikat korporat
Tiada tiket atau bayaran (percuma) dikenakan untuk masuk ke Pameran MAHA 2016. Tapak letak kereta juga amat luas namun akan dikenakan bayaran RM5 untuk sebuah kereta.
Kalau tak nak bawak kereta, boleh naik komuter ke KTM Serdang atau parking kat IOI City Mall. Bas percuma disediakan untuk ke tapak MAHA 2016!
Aktiviti Menarik
Berlangsung selama 11 hari, MAHA 2016 akan mempamerkan pelbagai program dan pameran yang menggabungkan Peladang, Penternak, Nelayan, Pengusaha, Agensi, Peniaga dan Pelabur bersama pelbagai aktiviti yang menarik di rangka khas untuk memeriahkan MAHA 2016.
Antara senarai program, aktiviti dan pameran yang menarik diadakan pada Ekspo MAHA 2016 kali ini:
- Pelbagai pameran dan event di Pavilion pameran - Agensi dalam dan luar negara
- Tapak Pameran Ternakan
- Tapak Pameran Jentera
- Tapak Pameran Padi
- Tapak Pameran Pavilion Negeri-Negeri
- Tapak Pameran Flora
- Tapak Pameran Sayur-sayuran & Herba
- Tapak Pameran Perikanan
- Tapak Pameran Nanas
- Kelulut Walk
- Seminar dan workshops
- Peluang membina networking
- Persembahan dan pelancaran produk
- Demontrasi teknologi dan innovasi agro
- Pelbagai Pertandingan Agro
- Agro bazaar
- Demonstrasi perladangan dan penternakan
- Aktiviti Agrotourism
- Promosi produk Agro
- Persembahan kebudayaan
- Pelbagai hidangan dan demonstrasi masakan traditional dan moden
- Persembahan binatang peliharaan
- Permainan dan hiburan
- Dan banyak lagi...
Antara tarikan terbaru pada ekspo dan pameran MAHA 2016:
- Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin
- Kampung Mak Cun
- Festival Muzik Ritma Petani
- Tapak Perkhemahan untuk 5,000 remaja
Koleksi Gambar Antara Yang Menarik di Tapak Ekspo dan Pameran MAHA
Jom ke MAHA 2016!
Memang seronok dan menarik berkunjung ke Pameran MAHA 2016 ini. Namun anda perlu bersedia dengan stamina untuk berjalan jauh kerana tapak ekspo sangat luas dan pelbagai lokasi untuk dilawati.
Jika ingin melawat keseluruhan tapak pameran, digalakkan datang awal pagi kerana pasti akan mengambil masa satu hari untuk selesai kesemuanya.
Kunjungan pada waktu malam juga menarik kerana tapak MAHA 2016 akan dibuka sehingga jam 10.00 malam. Suasana malam yang disinari lampu hiasan yang menarik pasti menawarkan sesuatu kelainan yang unik dan berbeza!
Jika ingin melawat keseluruhan tapak pameran, digalakkan datang awal pagi kerana pasti akan mengambil masa satu hari untuk selesai kesemuanya.
Kunjungan pada waktu malam juga menarik kerana tapak MAHA 2016 akan dibuka sehingga jam 10.00 malam. Suasana malam yang disinari lampu hiasan yang menarik pasti menawarkan sesuatu kelainan yang unik dan berbeza!
Di MAHA 2016, anda bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai pameran Agro tetapi yang lebih penting adalah mendapat pelbagai ilmu, informasi serta pendedahan tentang industri dan teknologi Agro masa kini yang mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Pembelajaran yang amat berguna untuk anak-anak dan generasi muda masa kini agar tidak terikat atau berfikiran sempit dalam mencari peluang pekerjaan.
Pembelajaran yang amat berguna untuk anak-anak dan generasi muda masa kini agar tidak terikat atau berfikiran sempit dalam mencari peluang pekerjaan.
Selamat berkunjung ke Ekspo dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016). Luangkan masa cuti sekolah dengan lebih berkualiti dan bermakna di sini.
Jangan lupa untuk membawa wang lebih untuk membeli belah pelbagai produk makanan, sayuran, buah-buahan, tanaman, bunga-bungaan dan pelbagai lagi yang dijual pada harga yang sangat berpatutan di sini.
Sebagai rujukan, jom lihat juga Pameran MAHA sebelum ini:
Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
10 comments - "Menarik Di Ekspo & Pameran MAHA 2016"
MAHA Pameran tani yg menarik untuk dikunjungi...boleh gi cari benih2 pokok ni
oo menarik gak, boleh bawa anak2 time cuti sekolah ni. harap cuaca baik
Saya ingin tahu bila tarikh perasmian maha 2016
tengah cari info apa yang menarik kat MAHA 2016..hihi...
thanks utk info..
Agak menarik cuma Parking kereta semua penuh..kena bayaran RM 5.00 ringgit untuk parking..
Pukul berapa dibuka?
Jika pergi hari jumaat pagi, tempat solat jumaat ada disediakan ke
Laman ternakan tu best. Orang pun ramai pergi sebab nak selfie dengan lembu sado.
dah pergi MAHA haritu.memang best
yup.. MAHA 2016 memang terbaik. tak nyesal pi baru ni
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”