بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Nikmat Kedamaian Yang Hakiki - kedamaian di hati
Kedamaian Di Hati, Kedamaian Hakiki dan Sejati
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih lagi dapat mengecapi nikmat keamanan dan kedamaian.

Lahirnya kita dibumi bertuah ini setelah segala kesengsaraan dan keperitan lenyap. Namun benar-benarkah kita ini sedang menikmati kedamaian yang hakiki dan sejati?

Kedamaian yang kita nikmati hanyalah kedamaian secara zahirnya sahaja. Kedamaian sebenar yang hakiki dan sejati adalah kedamaian di hati. Hati akan tenang dan damai apabila tiadanya rasa takut dan gusar serta penuh keyakinan untuk mengecapi segala nikmat dan kebahagiaan yang kekal abadi.

Bagaimana untuk mendapat kedamaian di hati? Hanya melakukan 4 cara ini sudah cukup lengkap merangkumi segala yang kita perlukan untuk mendapat kedamaian di hati :
  1. Ikutilah segala perintah Allah SWT dan jauhi segala larangannya.
  2. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan pedoman hidup.
  3. Contohi cara hidup Rasulullah SAW dan Para Sahabat.
  4. Sabar, ikhlas dan istiqamah dalam melakukan semua perkara di atas.
Nikmat Kedamaian Yang Hakiki - kedamaian di hatiNikmat Kedamaian Yang Hakiki - kedamaian di hatiNikmat Kedamaian Yang Hakiki - kedamaian di hati

Kedamaian Di Hati Seorang Blogger

Sebagai sorang blogger, perlu diingat bahawa blog bukanlah perkongsian yang terhad untuk diri sendiri dan orang-orang tertentu kecuali di setkan kepada 'private setting'. Blog bebas dilihat dan diakses oleh semua orang tanpa sebarang halangan dan sempadan. Ianya jua mudah disebarkan dan bebas disalin tanpa sekatan.

Oleh itu berhati-hati apabila menerbitkan entri. Kongsikan dan sampaikan perkara yang baik dan gambar/video yang bersesuaian. Setiap patah perkataan, gambar mahupun video yang anda kongsikan akan kekal di alam maya ini untuk bacaan dan tatapan. Setiap yang baik akan berterusan mendapat ganjaran dan jika sebaliknya... dosa berpanjangan jadi habuan.

Kedamaian di hati seorang blogger akan anda nikmati andai ikhlas berkongsi dan menyampaikan segala kebaikan dengan tiadanya keraguan serta kerisauan di hati andai ianya disebarkan dan disalin malah ianya akan memanjangkan lagi kebaikan untuk dinikmati oleh ramai orang.

Bersama kita saling ingat-mengingati kerana hidup di dunia realiti mahupun di alam maya... kita tidak berseorangan. Dalam asyik bersosial, tanpa kita sedari yang kita telah terkhilaf mahupun mengguris hati seseorang... 

Nikmat Kedamaian Yang Hakiki - kedamaian di hati

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

15 comments - "Nikmat Kedamaian Yang Sejati Di Hati"

BM entri yang terbaik!!! Iolss is loikee...

nice entry..

paridah delete icon 11:07 PG

assalam menulis di blog seperti kata BM...harus berhati-hati walau niat kita jujur namun kadang2 keseronokan menulis cerita melalaikan kita agar xterlalu terbuka...

Yana Yani delete icon 12:17 PTG

betul lah tu BM, 100% setuju
kadang mungkin tak perasan seseorang mungkin terguris
biasa kalau pembacaan ni, mudah disalah tafsir walau si penulis tak berniat
lagipun people tend to make mistakes, nobody's perfect!
aiceh, speaking london pula! =)

Khir Khalid delete icon 3:20 PTG

Setuju.. setiap perintah Allah SWT & dalam sunnah pasti ada kedamaian buat jiwa insan. Ia adalah sebaik2 ubat utk ketenangan hati & kehidupan... Subhanallah.. Allahuakbar.

kedamaian bkn diperoleh mellaui wang ringgit..harta benda...tp rasa kehambaan terhadap Sang Pencipta Alam ni...bersujud dan memohon padaNYA...benar2 memberi rasa damai yg tak terkata,tak terungkap..

mselim3 delete icon 4:33 PTG

Assalammualaikum... BM,

nikmati kedamaian sejati sebagai seorang blogger... insan yang hanya semata2 mengharapkan keredhaanNya. :)

mselim3

Terima Kasih atas perkongsian dan nasihat yang berguna. akan cuba perbaiki yang kurang dalam diri ini :)

Salam BM..satu perkongsian ilmu yg cukup baik ..terima kasih kerana sudi bsgi teguram yg ikhlas ..moga2 kita semua dapat mencedok sedikit ilmu dalam menerbitksn sesebuah entri yg bermanfaat ..insyaallah..

terima kasih peringatannya memang menjga dari segi content blog ^_^

Tanpa Nama delete icon 12:02 PG

Terima kasih kerana mengingatkan ye BM..

Bunda_nora delete icon 11:10 PG

Hati senang...fikiran tak kusut...badan sehat...ahli keluarga ceria dan bahgia...itu DAMAI jugak tu..

OKje delete icon 4:52 PTG

Terima kasih mengingatkan sahabat.....
Lama tak menjengah sini.... org tu pun sombong betul tak sudi nak menyinggah huhu

Aimacomel delete icon 9:59 PTG

baikkkkk, akan cuba perbaiki diri. Sharing is caring. Ye, baik yang kita beri insyaAllah baik lah yg kita dapat. kan,

Saya lebih suka setting blog berbanding fb kena kita boleh tapis komen

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap